“Rakyat Malaysia Disaran Tidak Mengunjungi Korea Utara” – Menteri

Trending

“Rakyat Malaysia Disaran Tidak Mengunjungi Korea Utara” – Menteri

Rakyat Malaysia dinasihatkan agar tidak mengunjungi Korea Utara atas faktor keselamatan susulan kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin negara itu, Kim Jong-un di KLIA baru-baru ini.

Advertisement

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kerajaan berasa bimbang sebarang kemungkinan berlaku perkara yang tidak diingini.

“Kita bukan bersangka buruk terhadap Korea Utara tetapi ini sebagai langkah berjaga-jaga.

“Korea Utara adalah sebuah yang sukar dijangka. Apa-apa saja berlaku. Jadi saya nasihat rakyat Malaysia jangan ke sana dan kita tak galakkan.

“Dari segi pelancongan, kejadian ini tidak menjejaskan kemasukan pelancong asing ke negara kita. 

“Tidak ramai pelancong dari Korea Utara datang ke Malaysia kerana rakyat negara itu tidak dibenarkan keluar dari negara mereka. 

“Keadaan ini, sememangnya tidak memberi kesan kepada kita kerana yang datang pun pegawai kerajaan mereka dan jumlahnya kecil. 

“Malaysia sebuah negara yang bebas dan kita menerima sesiapa saja pelancong yang datang termasuk dari Korea Utara” katanya hari ini sebagaimana lapor BH Online.

Sumber: BH Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...