Rakyat Malaysia Dedah Taktik Peniaga China Jalankan Perniagaan Di Pasaran Malaysia Menerusi Platform Shopee

Kehidupan

Rakyat Malaysia Dedah Taktik Peniaga China Jalankan Perniagaan Di Pasaran Malaysia Menerusi Platform Shopee

Musim wabak COVID-19 ketika ini memberi cabaran yang hebat kepada penduduk serata dunia terutama dari segi ekonomi. Semakin ramai yang berani untuk menceburi bidang perniagaan secara dalam talian kerana memikirkan risiko perniagaan yang kurang berbanding membuka kedai.

Di Twitter, pemilik akaun bernama @magmalaya berkongsi kisah sebenar menjalankan perniagaan di platform Shopee. Beliau juga sudah berkecimpung hampir 12 tahun sebagai pemborong di China mendedahkan bagaimana peniaga China boleh menembusi pasaran Malaysia.

Advertisement

Menurutnya, peniaga-peniaga di China yang menjual barang di Shopee tidak meletakkan harga yang tinggi. Sebagai contoh, barang tersebut diperolehi dengan harga 5 Yuan (RM3.10) dan dijual dalam harga RM5 di Shopee Malaysia.

Peniaga China lebih memfokuskan unit jualan yang akan dilakukan berbanding keuntungan yang bakal diterima. Dalam perkataan mudahnya, mereka akan berusaha untuk menjual 100,000 unit barang berbanding memikirkan untuk mendapatkan keuntungan 100,000 Yuan.

pasar China

Gambar hiasan

Kebanyakan peniaga meletakkan keuntungan margin yang rendah kerana stok barang jualan tidak dipegang oleh mereka. Kilang pengeluar yang menghasilkan barangan tersebut lalu disimpan di dalam gudang kilang. Shopee sebagai medium perantara untuk mengeluarkan barang di dalam tempat penyimpanan. Cara ini lebih mudah dan cepat.

Kos penghantaran barang juga dikatakan murah kerana setiap hari pesawat yang menghantar barang ke Malaysia dan Taiwan contohnya dipenuhi dengan barang yang ditempah. Barang tersebut juga mudah untuk melepasi pasaran Asean berbanding pasaran global seperti Amazon.

kontena kargo

Menjalankan perniagaan di laman Amazon oleh peniaga China lebih rumit dan memerlukan proses yang panjang untuk diluluskan. Ini kerana Amerika Syarikat telah mengenakan beberapa syarat yang ketat untuk kemasukan barang dari China. Peniaga China lebih cenderung memilih negara Asean sebagai sasaran pasaran.

Kerajaan boleh mengenakan cukai duti import terhadap pemborong China yang membawa masuk barang ke dalam negara tidak kira berapa kecil kuantiti yang dibawa.

Kerajaan Malaysia perlu memandang serius isu persaingan peniaga tempatan dan peniaga luar. Terdapat kemungkinan berlakunya persaingan tidak adil dalam platform yang sama kerana penawaran harga barang jualan yang sama dengan harga yang berlainan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...