Rakyat Malaysia Dari Wuhan Selamat Tiba, Semua Penumpang Pesawat Perlu Jalani Tapisan Kesihatan

Trending

Rakyat Malaysia Dari Wuhan Selamat Tiba, Semua Penumpang Pesawat Perlu Jalani Tapisan Kesihatan

Pesawat Air Asia yang membawa 107 rakyat Malaysia dari Wuhan selamat mendarat di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi. Kesemua mereka berjaya dibawa keluar dari bandar Wuhan yang merupakan lokasi tercetusnya penyebaran wabak coronavirus.

Baca: Penjualan Ular Berbisa Di Pasar Wuhan Punca Sebenar Penyebaran Wabak Coronavirus Di China

Advertisement

Penerbangan khas yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Wuhan Tianhe itu membawa 133 penumpang termasuk 12 kru, 8 petugas misi dan 6 pegawai Kedutaan Malaysia dari Beijing.

rakyat malaysia

Sebaik tiba di sini, penumpang dan kru pesawat AK8264 berkenaan, terus dibawa ke Unit Kecemasan Udara, KLIA untuk tapisan kesihatan. Selain membawa pulang rakyat Malaysia, pesawat itu turut membawa 500,000 pasang sarung tangan getah sebagai sumbangan kepada China.

rakyat malaysia

Advertisement

Rakyat Malaysia dan ahli keluarga mereka yang baru tiba dari Wuhan, China ditempatkan di pusat pemantauan buat sementara waktu. Kelihatan sebanyak dua buah bas membawa kumpulan pertama dari pusat penularan coronavirus keluar dari KLIA2 kira-kira jam 8 pagi tadi. Manakala, tiga lagi bas masih menunggu mereka yang sedang melalui saringan kesihatan di Unit Kecemasan Udara.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...