Rakyat Malaysia Boleh Menyaksikan Fenomena Super Blue Moon Pada 31 Januari Ini

Trending

Rakyat Malaysia Boleh Menyaksikan Fenomena Super Blue Moon Pada 31 Januari Ini

Pada 31 Januari ini rakyat Malaysia berpeluang untuk melihat 3 fenomena serentak iaitu ‘Super Blue Blood-Moon’. Ia merupakan satu fenomena gerhana bulan penuh yang jarang berlaku.

Advertisement

Fenomena 3 gerhana bulan serentak ini kali terakhir berlaku pada 31 Jan 1866 dimana ia merupakan gabungan fenomena ‘Supermoon’, ‘Bluemoon’ dan ‘Bloodmoon’.

Menurut kenyataan Planetarium Negara, fenomena ‘Supermoon’ terjadi berikutan kedudukan bulan berada paling hampir dengan bumi dan mengalami fasa penuh menyebabkan saiz bulan akan kelihatan lebih besar daripada biasa.

Fenomena ‘Bluemoon’ pula ialah fasa bulan penuh yang berlaku pada tarikh sama merupakan fasa bulan penuh yang kedua dalam bulan Januari 2018. Gerhana bulan juga dikenali sebagai ‘Bloodmoon’ kerana warna bahagian gelap gerhana yang kemerah-merahan akibat biasan cahaya Matahari oleh atmosfera bumi

Di Malaysia dan Asia Tenggara, Gerhana Bulan Penuh kali ini akan berlaku pada awal malam, iaitu bermula selepas Maghrib dan tamat menjelang tengah malam. Waktu kejadian ini boleh dikatakan agak ideal kerana ia berlaku pada waktu puncak ketika semua orang sudah pun berada dalam keadaan rehat dan tenang di kediaman masing-masing, serta tidak berlaku terlalu lewat selepas tengah malam.

Sekiranya cuaca mengizinkan, antara lokasi ideal bagi menyaksikan fenomena yang amat jarang berlaku ini adalah kawasan tepi pantai yang menghadap laut di sebelah timurnya, kawasan puncak bukit, tanah tinggi, di atas bangunan tinggi atau mana-mana kedudukan yang tiada halangan pandangan ke arah ufuk dan langit di sebelah timur.

Sementara itu, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dalam kenyataannya berkata gerhana bulan penuh pada 31 Jan ini akan berlaku di Timur Eropah, Timur Afrika, Asia (termasuk Malaysia), Australia dan Amerika Utara.

“Fenomena gerhana bulan yang akan berlaku itu mengambil masa selama lima jam 17 minit bermula pada 6.51 petang hingga 12.08 tengah malam (1 Feb). Ini bermakna gerhana sedang berlaku ketika bulan terbit di ufuk Timur (kecuali Sabah dan Sarawak akan bermula selepas bulan terbit),” kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, Observatori Negara Langkawi akan mengadakan aktiviti pencerapan bagi orang awam untuk menyaksikan fenomena berkenaan dengan menyediakan beberapa buah teleskop mudah alih kepada pengunjung secara percuma.

Lokasi-lokasi lain yang boleh dikunjungi orang ramai untuk aktiviti pencerapan ialah di Planetarium Negara, Kuala Lumpur, Balai Cerap Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan, Balai Cerap Selangor, Sungai Lang Parit Baru, Sungai Ayer Tawar, Selangor, Balai Cerap Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka.

Lokasi lain ialah Pantai Tok Jembal, Terengganu (anjuran Balai Cerap Kusza), Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu, Sabah (Sabah Stargazers Observatory) dan Balai Cerap Kota Bharu, Kampung Kubang Rawa, Salor, Kelantan.

Berikut kami sertakan beberapa persoalan yang boleh membantu anda ketika berlakunya gerhana bulan pada 31 januari nanti.

Perlukan kita menggunakan sebarang alat untuk melihat Gerhana Bulan?

Tidak perlu. Gerhana Bulan amat senang dan boleh dilihat dengan mata kasar sahaja. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai binokular atau teleskop, pemandangan akan lebih jelas dan menarik.

Saya galakkan anda mengambil peluang menyaksikan pergerakan bayang-bayang umbra apabila ia merentasi permukaan Bulan. Berbekalkan peta bulan yang lengkap, cuba kenalpasti waktu dan ketika kawah-kawah tertentu di permukaan Bulan itu lenyap ditelan kegelapan umbra!

Adakah Gerhana Bulan ini berbahaya untuk dilihat dengan mata?

Tidak berbahaya langsung sebab cahaya kemerahan yang kelihatan itu hanyalah biasan sebahagian kecil cahaya matahari yang jatuh ke permukaan Bulan. Sama sumbernya seperti cahaya bulan purnama yang terang benderang tu, tetapi kali ini ianya beratus kali ganda lebih malap.

Kalau hujan atau berawan boleh nampak kah?

“Boleh” –> kita boleh nampak gerhana berganda = bayang bumi tutup bulan, awan tutup bulan = tak nampak apa-apa…

Apakah cara terbaik untuk merakam Gerhana Bulan?

Kamera DSLR dengan lens berfokal panjang atau dipasang pada teleskop, merupakan gabungan alat yang paling baik untuk merakam gerhana bulan. Sila rujuk artikel Persoalan penting berkenaan Gerhana Bulan Penuh 4 April 2015 dan scroll ke bawah untuk lihat tajuk berkaitan rakaman gerhana bulan.

Sedikit istimewanya gerhana kali ini ialah, disebabkan kedudukan Bulan yang masih rendah, anda boleh cuba merakamnya bersama-sama dengan foreground yang menarik. Sebagai contoh, anda mungkin boleh merakam gerhana bersama-sama dengan Menara Kembar KLCC!

Apakah ibadat yang boleh dibuat ketika Gerhana Bulan?

Solat Sunat Gerhana boleh dibuat ketika fenomena gerhana bulan. Panduan lengkap boleh didapati menerusi bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri-negeri atau boleh rujuk panduan ini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...