Kini kita sudah memasuki fasa ke-3 dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan akan berlangsung hingga 28 April ini. Jadi tidak hairanlah jika ramai daripada kita sudah mula merasa bosan kerana sudah sampai sebulan kita berada di dalam rumah.
Kali ini kami bawakan berita gembira untuk anda semua, di mana kita mungkin berpeluang menyaksikan hujan meteor tertua tahun ini hanya dari rumah.
Difahamkan, kejadian ini akan dapat dilihat di langit Malaysia dan beberapa negara lain memandangkan keadaan langit kita yang semakin cerah ekoran daripada kekurangan pencemaran udara yang berlaku, susulan PKP yang sedang dijalankan.
Untuk pengetahuan anda, hujan meteor tertua atau lebih dikenali sebagai hujan meteor Lyrid yang bakal kelihatan ini selalu akan aktif antara 16 hingga 25 April setiap tahun dan telah berlaku sejak 2,500 tahun yang lalu.
Namun, pada tahun ini hujan meteor Lyrid yang telah diberi nama sempena buruj Lyra dijangka akan berlaku sekitar jam 5.48 pagi pada 23 April ini dan akan memancarkan sehingga 18 meteor per jam.
Berita baik di sini, anda tidak perlu langsung menggunakan sebarang peralatan yang canggih untuk melihat kejadian ini kerana ianya akan kelihatan dengan jelas walaupun dilihat dengan mata kasar mengikut keadaan cuaca ketika itu.
Untuk mengetahui lebih jelas mengenai bagaimana rupa hujan meteor Lyrid ini, ada boleh menyaksikan video hujan meteor yang terjadi pada tahun 2019 di bawah.
Cantik bukan? Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kejadian ini bersama keluarga dari rumah anda.