“Rakyat Malaysia Belanja RM1735 Sebulan Atau Sehari RM58 Untuk Pembelian Atas Talian” – Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad

Berita

“Rakyat Malaysia Belanja RM1735 Sebulan Atau Sehari RM58 Untuk Pembelian Atas Talian” – Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad

Melalui laporan Sinar Harian, Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata rakyat Malaysia dianggarkan berbelanja sebanyak RM1735 sebulan atau RM58 sehari untuk pembelian atas talian.

Beri kesan positif untuk pertumbuhan ekonomi negara

Menurut Afzanizam, anggaran tersebut merupakan berdasarkan data DOSM pada tahun 2024 yang menunjukkan pertumbuhan berbelanjaan e-dagang dalam kalangan rakyat Malaysia.

Advertisement

Jika kita mengambil angka pertumbuhan ini, perbelanjaan rakyat Malaysia di dalam platform e-dagang adalah sekitar RM707.9 bilion pada tahun 2024 atau bersamaan 36.7 peratus daripada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

rakyat malaysia berbelanja lebih RM1500 sebulan

Dalam pada itu, dia berkata secara logiknya, jumlah perbelanjaan atas talian oleh rakyat kian meningkat dan sememangnya memberi kesan positif terhadap pertumbuhan untuk ekonomi negara.

Berdisiplin dalam berbelanja, elak hutang tidak terkawal

Ini sekali gus akan memanfaatkan rakyat Malaysia kerana kerajaan akan berupaya memberi lebih banyak bantuan. Namun, tidak dinafikan ia akan memberi kesan kepada persaingan yang sengit kepada para peniaga tempatan.

duit

Bagaimanapun, Afzanizam turut meningatkan para pembeli untuk berdisiplin dalam berbelanjaan dan mengurus kewangan supaya tidak berlaku pembaziran atau hutang yang tidak terkawal.

2 days ago

"Kita Semua Rakyat Malaysia, Tidak Perlu Label Type M, C Atau I.." - Senator Datuk Abdul Halim Suleiman

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...