Rakyat Malaysia Ambil Kira Risiko Perubahan Iklim Sebelum Beli Rumah – PropertyGuru 2024

Kehidupan

Rakyat Malaysia Ambil Kira Risiko Perubahan Iklim Sebelum Beli Rumah – PropertyGuru 2024

Baru-baru ini, PropertyGuru 2024 mendedahkan bahawa 77 peratus rakyat Malaysia mengambil kira risiko perubahan iklim sebelum membuat keputusan membeli rumah.

Memetik laporan Bernama Biz, Ketua Kelestarian PropertyGuru Group, Cecile Corda, menyatakan bahawa syarikat melihat peningkatan risiko terhadap keselamatan dan kesejahteraan komuniti susulan kekerapan kejadian cuaca ekstrem yang semakin meningkat, yang memberi kesan besar kepada sektor hartanah.

Advertisement
kawasan perumahan

gambar hiasan

Sebagai sebahagian daripada tinjauan di Malaysia, Corda menambah bahawa PropertyGuru menyediakan maklumat terperinci mengenai bencana seperti banjir dan tanah runtuh yang pernah berlaku, bagi membantu pembeli membuat keputusan yang lebih tepat dalam memilih rumah.

Laporan Kelestarian 2024 dikeluarkan berdasarkan tinjauan yang dijalankan pada separuh kedua tahun 2024, melibatkan maklum balas daripada 1,181 responden di Malaysia.

Menurut beliau, menjelang tahun 2050, hampir 63 peratus penduduk Asia Tenggara dijangka akan menetap di kawasan bandar.

Sedia bayar harga premium

Daripada tinjauan itu, 83 peratus rakyat Malaysia menunjukkan kesediaan membayar harga premium untuk memiliki rumah yang memiliki ciri lestari, termasuk penjimatan kos utiliti, ketahanan terhadap risiko iklim, serta nilai jangka panjang yang tinggi.

kawasan perumahan

gambar hiasan

Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia, Kenneth Soh, pula memaklumkan bahawa kawasan seperti Kota Emerald, Rawang (Selangor), Kuah (Langkawi), Kedah, dan Ulu Kelang mencatat peningkatan carian hartanah tahunan melebihi 100 peratus, dipacu oleh faktor kemampuan memiliki serta nilai pelaburan hartanah yang menarik.

Data kami menunjukkan perubahan yang jelas dalam rakyat Malaysia mencari rumah. Ini mencerminkan kebimbangan yang meningkat dalam kalangan pembeli terutamanya mereka yang berumur 25 hingga 34 tahun dan 60 peratus daripada mereka percaya harga akan terus meningkat.

 

Untuk memenuhi permintaan ini, industri bukan sahaja perlu memberi tumpuan kepada kemampuan untuk membeli malah, perlu memikirkan semula bagaimana ciri-ciri mampan dapat disepadukan dalam segmen pasaran pertengahan dan sewaan.

Beliau turut menekankan masa depan perumahan di Malaysia bergantung pada seberapa cepat penggubal dasar dan pemaju dapat menjadikan kehidupan mampan pilihan realistik untuk majoriti, bukan hanya golongan premium.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

1 hour ago

"Tak Pasti Ada Ganti Rugi Atau Tidak" - Tingkap Pecah & Siling Rumah Rosak, Penduduk Dakwa Kesan Latihan Pesawat Sempena LIMA 2025

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Bernama Biz

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...