Sebentar tadi, Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin bin Yassin telah membuat perutusan berkaitan Covid-19 yang melanda negara Malaysia.
Dalam perutusan tersebut, beliau ada menyatakan kerajaan telah menempah vaksin Covid-19 dengan penghantaran pertama yang dijadualkan akan tiba pada bulan ini.
Kerajaan juga akan melaksanakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang akan bermula hujung bulan ini.
Sehubungan itu, beliau telah mengumumkan sebanyak 80 peratus populasi negara ini atau 26.5 juta individu akan diberikan secara percuma kepada rakyat Malaysia dan program imunisasi ini akan melibatkan tiga fasa.
Fasa pertama melibatkan 500,000 frontliners yang terdiri daripada petugas kesihatan dan bukan kesihatan. Hal ini bertujuan untuk melindungi para frontliners dalam menangani Covid-19 dan fasa ini dijangka akan tamat pada bulan April.
Untuk fasa kedua pula melibatkan golongan yang berisiko tinggi dijangkiti wabak Covid-19 seperti warga emas, golongan rentan iaitu golongan yang berusia 60 tahun ke atas dan orang kelainan upaya (OKU). Sebanyak 9.4 juta orang dianggarkan akan mendapat vaksin di fasa ini dan akan belangsung mulai April hingga Ogos 2021.
Manakala untuk fasa ketiga ialah merupakan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas yang akan bermula pada bulan Mei dan dijangka akan tamat pada Februari 2022.
Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan ini merupakan program vaksinasi terbesar yang pernah dilaksanakan di Malaysia