“Rakyat Keluh Pasal Minyak, Ayam” – Menteri Ekonomi Dikritik, Buat Tinjauan Harga Barang Tapi Pergi Bahagian Sayur

Berita

“Rakyat Keluh Pasal Minyak, Ayam” – Menteri Ekonomi Dikritik, Buat Tinjauan Harga Barang Tapi Pergi Bahagian Sayur

Kenaikan harga barang terutamanya makanan dan minuman tidak dinafikan sangat dirasai buat rakyat yang berpendapatan rendah dan miskin tegar.

Meskipun harga siling bagi barangan seperti ayam dan minyak masak telah ditetapkan oleh kerajaan namun kadar kenaikan harga barang masih lagi dikenakan para peniaga di luar sana.

Advertisement

Ia sekaligus menjadi beban buat mereka malah kesan dan implikasi boleh dilihat seperti kejadian bunuh diri dan juga jenayah akibat tertekan dengan kenaikan sara hidup.

Menjengah ke ruangan Facebook Menteri Ekonomi, Dato’ Sri Mustapa Bin Mohamed, beliau dilihat ada membuat kunjungan ke pasar tani bagi meninjau-ninjau harga barangan yang dijual.

Namun, ia mula menjadi kritikan netizen apabila Mustapa seolah-olah tidak cakna dengan jenis barang yang mengalami kenaikan harga melampau dan telah membebankan rakyat.

FacebookSumber : Facebook  

Menjengah ke ruangan komen, netizen kebanyakan berasa jengkel dengan tindakan meninjau-ninjau itu di mana mereka beranggapan bahawa YB patut mengenal pasti kenaikan harga ayam, telur dan minyak masak dan bukannya sayuran-sayuran seperti bayam dan pisang.

YB, YB salah faham ni, yang rakyat komplen harga ayam, bukannya bayam. gaji YB bulan-bulan puluh ribu, takkan YB je nak makan ayam hari-hari, rakyat pula kena makan bayam je. – netizen

telur
5 bulan lalu

"Tutup Atas Pun Kena Bayar" - Peniaga Kenakan 'Charge' 30 Sen Untuk Kotak Telur

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...