Rakyat Kelantan Dibenarkan Mendulang Emas Di Tanah Kerajaan Negeri Tapi Ada Syaratnya..

Berita

Rakyat Kelantan Dibenarkan Mendulang Emas Di Tanah Kerajaan Negeri Tapi Ada Syaratnya..

Kerajaan Negeri Kelantan kini membenarkan rakyat untuk mengusahakan perlombongan emas menggunakan kaedah mendulang di tanah milik kerajaan, sekali gus membuka peluang kepada penduduk tempatan menikmati hasil kekayaan bumi negeri itu secara sah.

Menurut laporan Harian Metro, pengumuman tersebut disampaikan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamed Fadzli Hassan, ketika sesi penggulungan perbahasan Belanjawan Negeri di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan baru-baru ini.

Advertisement

Mendulang emas

Beliau menjelaskan bahawa lesen khas akan dikeluarkan mengikut syarat-syarat tertentu bagi memastikan aktiviti mendulang emas dijalankan secara terkawal, selamat dan tidak merosakkan alam sekitar.

Kerajaan (negeri) bercadang untuk membenarkan rakyat mengusahakan perlombongan emas secara kaedah mendulang. Teruskan mendulang atas tanah kerajaan, jangan menceroboh tanah yang diberi kepada syarikat atau sesiapa sahaja.
Kerajaan akan beri lesen dengan syarat tertentu bertujuan untuk rekod, keselamatan dan pemantauan supaya tidak menjejaskan alam sekitar. Itu berita gembira untuk rakyat.

Datuk Mohamed Fadzli turut menjelaskan bahawa keputusan tersebut dibuat sebagai respons terhadap pertanyaan rakyat mengenai faedah langsung yang dapat dinikmati daripada hasil perlombongan emas di negeri itu.

“Dengan kaedah mendulang yang sah ini, rakyat kini akan menikmati faedah secara langsung daripada khazanah bumi Kelantan,” jelasnya.

Pengumuman ini disambut dengan tepukan daripada barisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang hadir, menandakan sokongan terhadap inisiatif kerajaan negeri dalam memberi peluang ekonomi baharu kepada rakyat Kelantan melalui aktiviti mendulang emas secara sah dan berlesen. – HARIAN METRO

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-11-11 10:11:50

KP Pendidikan Beri Sebab Peperiksaan Utama Dimansuhkan - "Nak Elak Generasi Burung Kakak Tua"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...