Rakyat Jepun Bantu Sumbangkan Telefon Bimbit Untuk Dikitar Semula Menjadi Medal Olimpik 2020

Kehidupan

Rakyat Jepun Bantu Sumbangkan Telefon Bimbit Untuk Dikitar Semula Menjadi Medal Olimpik 2020

Debaran Olimpik 2020 semakin terasa. Dalam tempoh setahun saja lagi kita akan menyaksikan pelancaran sukan Olimpik yang akan diadakan di Tokyo. Pelbagai persiapaan yang telah dilakukan oleh negara Jepun dalam menyambut kejohanan ini.

Antara persiapan yang menarik perhatian ialah pembuatan medal pemenang Olimpik yang diperbuat daripada bahan kitar semula.

Advertisement

Projek kitar semula yang dilakukan itu mendapat penyertaan dan sokongan dari rakyat Jepun. Mereka telah mengumpul telefon bimbit terpakai dan bahan elektronik lain sejak dua tahun lalu.

Yang hebatnya, sebanyak 6 juta telefon bimbit terpakai yang telah didermakan oleh rakyat Jepun. Untuk projek ini, sebanyak 80,000 tan bahan kitar semula digunakan untuk menghasilkan sebanyak 5,000 medal untuk pemenang. Selain telefon bimbit, 158 juta barangan elektronik turut digunakan untuk dikitar semula.

Dengan jumlah bahan kitar semula ini telah berjaya menghasilkan sebanyak 32 kilogram medal emas, 3492 kilogram medal perak dan juga 2199 kilogram medal gangsa.

Sumber: USA Today

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...