Rakyat Indonesia Kongsikan Keadaan Darurat Di Kalimantan Akibat Jerebu Teruk

Trending

Rakyat Indonesia Kongsikan Keadaan Darurat Di Kalimantan Akibat Jerebu Teruk

Sudah beberapa hari Malaysia mengalami keadaan berjerebu dengan bacaan IPU tidak sihat. Sehinggakan beberapa sekolah terpaksa ditutup. Jerebu kali ini didakwa berpunca dari kebakaran di Kalimantan dan Sumatera walaupun Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan Indonesia menafikan dakwaan tersebut.

Jika diikutkan keadaan jerebu di Malaysia agak teruk kali ini dan cuba anda bayangkan bagaimana keadaannya di Kalimantan? Seorang rakyat Indonesia berkongsikan di Twitter, keadaan Kalimantan yang jauh lebih teruk dan membahayakan.

Advertisement

Pada awal video boleh dilihat seorang penunggang motosikal terbabas. Memang tak nampak apa-apa! Nampak macam ada semburan fogging tapi sebenarnya itu semua adalah jerebu. Kalau dilihatkan pada video itu pun, memang bahaya kalau nak memandu dalam keadaan macam tu.

Penduduk kampung di sana juga bertungkus lumus membantu untuk memadamkan kebakaran yang terus berlaku. Bukan mudah nak padamkan api yang marak lagi-lagi dengan tiada bekalan air.

jerebu

Twitter @etdahboys

jerebu di indonesia

Twitter @etdahboys

Kita sama-sama doakan keadaan ini akan beransur pulih secepat mungkin. Diharapkan juga Indonesia dapat mengambil langkah yang lebih baik untuk selesaikan masalah di sana.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...