Rakyat Indonesia ‘Claim’ Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin Mempunyai Darah Indonesia

Trending

Rakyat Indonesia ‘Claim’  Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin Mempunyai Darah Indonesia

Hubungan diantara Malaysia dan Indonesia sememangnya boleh diibaratkan seperti adik beradik yang mempunyai banyak persamaan. Sebagai negara jiran, Indonesia menyampaikan ucapan tahniah mereka susulan berita perlantikan Perdana Menteri Malaysia ke-8 baru-baru ini.

Dato Red
2 hours ago

"Saya Tengok Video Dia Viral, Saya Menyirap!" - Lelaki Dakwa Rugi RM60K Beli Tanah Dengan Datuk Red, Pernah Cari Adira Tapi Melenting

Advertisement

Bukan hanya ucapan tahniah malah Indonesia juga dilihat cuba untuk ‘claim’ bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah orang Indonesia. Menurut beberapa laporan daripada media Indonesia, mereka mendakwa Perdana Menteri Malaysia itu berdarah Indonesia berdasarkan asal usul ibu bapa beliau.

tan sri muhyiddin yassin

muhyiddin yassin

Menurut laporan daripada beberapa media Indonesia ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebenarnya berasal daripada Indonesia berdasarkan bapanya yang berketurunan Bugis manakala ibunya pula berketurunan Jawa. Sekaligus, menguatkan dakwaan mereka Perdana Menteri ini berasal daripada Indonesia.

muhyiddin yassin

Indonesia sememangnya terkenal dengan sikap ‘done claim’ pada sesuatu yang mempunyai kaitan dengan Malaysia. Sebelum ini, beberapa isu berkaitan Malaysia menjadi bualan dan perebutan oleh netizen Indonesia apabila mereka mula untuk ‘claim’ sesuatu dari Malaysia yang mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia.

Antara yang pernah di ‘claim’ sebelum ini ialah pakaian tradisional yang dipakai oleh seorang peserta Malaysia dalam satu pertandingan yang dikatakan meniru pakaian tradisional Indonesia. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Rakyat Indonesia ‘Claim’ Pakaian Tradisional Sarawak Oleh Peserta Malaysia Ini Berasal Daripada Indonesia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...