Rakyat Indonesia ‘Claim’ Pakaian Tradisional Sarawak Oleh Peserta Malaysia Ini Berasal Daripada Indonesia

Kehidupan

Rakyat Indonesia ‘Claim’ Pakaian Tradisional Sarawak Oleh Peserta Malaysia Ini Berasal Daripada Indonesia

Hubungan Malaysia dan Indonesia sememangnya seperti ‘abang dan adik’ yang banyak mempunyai persamaan antara satu sama lain. Sehinggakan trend ‘claim’ yang sering dilakukan oleh rakyat Indonesia di laman sosial semakin menjadi-jadi nampaknya.

Terbaru kali ini, rakyat Indonesia sekali lagi ‘claim’ pakaian kebangsaan dari Malaysia sebenarnya berasal daripada Indonesia. Senang kata, Malaysia ‘curi’ pakaian kebangsaan daripada Indonesia dalam satu pertandingan.

Advertisement

Menerusi pertandingan antarabangsa Mister Global 2019, seorang peserta dari Malaysia telah memperagakan pakaian tradisional kaum Dayak.

Rasanya ini juga bukan lah kali pertama rakyat Indonesia ‘claim’ sesuatu dari Malaysia. Disebabkan isu ini juga, berlaku perbalahan di antara netizen Malaysia dan juga Indonesia.

“Aik, jerebu korang tuduh Sarawak punca, ni pakaian tradisi org Sarawak, kamu pi claim pula?”

komen di facebook
komen di facebook
Pertandingan Mister Global 2019 ini disertai oleh 38 peserta daripada pelbagai negara dan telah dimenangi oleh peserta dari Korea Selatan iaitu Jong Woo Kim. Setiap peserta juga memperagakan pakaian tradisional negara mereka untuk pertandingan ini.

pakaian tradisional korea selatan
pakaian tradisional
pakaian tradisional
pakaian tradisional
pakaian tradisional
pakaian tradisional
pakaian tradisional

Kalau diikutkan kaum Dayak sememangnya ada di kedua-dua negara di Malaysia dan juga Indonesia. Sepatutnya tidak ada isu pun siapa tiru siapa dalam hal ini. 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...