Difahamkan, kini, pasport Malaysia telah menduduki tempat ke-9 sebagai pasport paling berkuasa di dunia dan mengatasi beberapa negara maju yang lain.
Netizen Indonesia cemburu dengan negara Malaysia?
Melalui laporan Passport Index, Malaysia telah naik tiga anak tangga jika hendak dibandingkan dengan sebelum ini dalam ranking negara yang paling mempunyai pasport terkuat.
Kedudukan terbaru ini telah membuatkan ramai rakyat negara jiran, Indonesia berasa cemburu kerana Malaysia memiliki pasport berkuasa, sekaligus memudahkan perjalanan rakyat.
Saya iri hati dengan Malaysia. Nak pergi ke negara barat boleh, nak pergi ke negara Islam pun mudah. Betul-betul rakyat mendapat manfaat.
Jauh berbeza dengan Malaysia
Jika hendak dibandingkan, pasport Indonesia duduki di tangga yang amat jauh dengan pasport Malaysia, di mana mereka di tempat yang ke-55.
Difahamkan, rakyat Malaysia boleh berkunjung ke 170 negara tanpa perlu memohon visa, manakala rakyat Indonesia hanya boleh melawat 92 negara tanpa perlu memohon visa.
Bukan itu saja, bahkan kemajuan negara Malaysia dari segi ekonomi, pembangunan dan juga kemudahan untuk rakyat turut dicemburui oleh rakyat Indonesia.