Rakyat Geleng Kepala Lihat Harga Bawang Merah Naik Kepada RM13 Sekilogram

Kehidupan

Rakyat Geleng Kepala Lihat Harga Bawang Merah Naik Kepada RM13 Sekilogram

Sejak kebelakangan ini, ramai yang mengadu apabila harga bawang dikatakan lebih tinggi daripada biasa. Peniaga-peniaga terpaksa menaikkan harga bawang dari India kerana kesukaran untuk mendapat bekalan bawang itu disebabkan banjir di sana.

Peniaga di Pasar Besar Ipoh ini terpaksa mendengar rungutan daripada pembeli kerana harga yang terlalu tinggi. Peniaga dikenali sebagai Noorjahan Mohd Ibrahim berkata dia terpaksa menaikkan harga bawang besar empat kali ganda daripada biasa kerana turut mendapatkannya dengan harga tinggi dari pemborong.

Advertisement

Kalau sebelum ini, kita menjual bawang besar cuma RM2.50 hingga RM3 sekilogram tetapi sejak dua bulan lalu harganya naik sehingga RM7 sekilogram. Bawang kecil sebelum ini hanya RM8 sekilogram namun kini sudah naik sehingga RM13 sekilogram.

bawang besar

Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perlis Khairul Amin Talib berkata pemeriksaan terhadap 58 premis di Kangar mendapati purata harga bawang India di negeri ini meningkat dengan mendadak.

Bermula daripada RM5 sekilogram kepada RM10.93 dalam tempoh dua bulan ini disebabkan gangguan bekalan dari negara pengeluar sendiri. Pembeli disarankan untuk mengambil alternatif lain dengan membeli bawang yang diimport dari Pakistan atau China yang masing-masing dijual pada harga RM4 sekilogram.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...