Rakyat China Yang Datang Dekat Dengan Sempadan Korea Utara Akan Ditembak

COVID-19

Rakyat China Yang Datang Dekat Dengan Sempadan Korea Utara Akan Ditembak

Pihak berkuasa China memberitahu orang ramai untuk menjauhi sempadan China dengan Korea Utara, yang telah mengharamkan rakyat China dari masuk ke negaranya untuk membendung coronavirus. Jika ingkar, mereka berisiko ditembak pengawal keselamatan Korea Utara, ujar penduduk tempatan.

Penduduk berkata amaran itu datang dalam bentuk notis bercetak yang diedarkan pihak berkuasa China minggu ini, sebagai peringatan bahawa negara Korea Utara mengambil serius ancaman coronavirus.

Advertisement

China dan Korea Utara merupakan sekutu rapat yang berkongsi sempadan seluas 1,400-km yang dipisahkan oleh sebatang sungai. Bila tiba musim sejuk, sungai itu membeku dan membolehkan orang ramai merentasi sempadan.

Penduduk bandar Jian dan Baishan diberi amaran akan ditembak jika datang dekat dengan sempadan.

Mereka juga dilarang menangkap ikan, memberi ternakan minum atau buang sampah ke dalam sungai.

Korea Utara telah meminta China mengetatkan kawalan sempadan untuk mengelakkan rakyatnya dari ditembak mati sementara Korea Utara menaikkan tahap ancaman coronavirus pada tahap tertinggi, katanya.

Badan keselamatan awam akan memantau sempadan 24 jam sehari dan sesiapa melanggar peraturan akan dikurung.

Dan jika dilihat pengawal keselamatan Korea Utara, akan ditembak.

  • amazingnara.com via Reuters

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...