Rakyat China Sudah Tidak Sabar Untuk Melancong Ke Luar Negara Selepas Negaranya Kini Hampir Bebas COVID-19

Travel

Rakyat China Sudah Tidak Sabar Untuk Melancong Ke Luar Negara Selepas Negaranya Kini Hampir Bebas COVID-19

Jika kita imbas kembali permulaan wabak COVID-19 ini dilaporkan bermula di wilayah Wuhan yang terletak di China. Siapa sangka bermula dari sebuah wilayah di China, wabak tersebut kini sudah menyerang hampir seluruh dunia dan Malaysia kini mencatatkan 21 kematian setakat ini.

Walaupun kebanyakan negara kini sedang menghadapi penularan yang kritikal, kes jangkitan baru wabak COVID-19 dilaporkan semakin menurun di China. Malah, beberapa hospital yang dahulunya penuh dengan pesakit COVID-19 sudah ditutup selepas kebanyakan pesakit sembuh sepenuhnya.

Advertisement

pelancong china

Bagi meraikan kejayaan China dalam memerangi wabak ini, rakyat mereka kini dilaporkan sudah tidak sabar untuk kembali melancong ke luar negara. Mengikut perkiraan, seawal bulan April ini pelancong China akan kembali melancong seperti biasa.

Perkara ini disahkan sendiri oleh pengendali pelancongan luar di China yang memaklumkan dua wilayah iaitu Zhejiang dan Jiangsu sudah membenarkan rakyat melancong semula. Bermaksud, larangan untuk keluar melancong sudah dihapuskan selepas keadaan di sana pulih dari wabak tersebut.

Agensi pelancongan di China menganggarkan seawal bulan April ini, rakyat mereka akan mengambil penerbangan domestik sebelum melancong ke luar negara.

pelancong china

China kini sudah melepasi lebih 45 hari pembendungan virus tersebut dan kebanyakan agensi pelancongan sudah terdesak untuk kembali membuka perniagaan mereka. Perkara ini tentu sahaja membimbangkan ramai pihak memandangkan virus ini mula dikesan di China.

Langkah terbaik kini adalah untuk semua negara menyekat sebarang kemasukan pelancong dari luar bukan sahaja dari China. Walaupun China sudah semakin hampir untuk bebas dari wabak ini, langkah berjaga-jaga perlu diambil oleh semua negara bagi menyekat kemasukan mereka ke dalam negara.

Artikel berkaitan: Kematian Akibat Hantavirus Cetuskan Panik Di China Selepas Coronavirus

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...