Rakyat Berbelanja Guna ‘Buy Now Pay Later’ Sehingga RM12 Bilion, Pengguna Paling Ramai Adalah Golongan B40 – Kajian

Gaya Hidup

Rakyat Berbelanja Guna ‘Buy Now Pay Later’ Sehingga RM12 Bilion, Pengguna Paling Ramai Adalah Golongan B40 – Kajian

Ketua Pasukan Petugas Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna (Pasukan Petugas CCOB), Abu Hassan Alshari Yahaya mendedahkan penggunaan Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) di Malaysia berkembang pesat dan hal itu terbukti apabila nilai transaksi meningkat sekali ganda kepada RM12 bilion pada 2024 berbanding RM6.3 bilion pada 2023.

Katanya, pengguna BNPL secara umum menunjukkan disiplin kewangan yang baik dengan kadar tunggakan rendah. Kebanyakannya melunaskan bayaran sepenuhnya bagaimanapun BNPL boleh meningkatkan risiko keberhutangan isi rumah sekiranya tidak diurus dengan baik.

Advertisement

Ketua Pasukan Petugas Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna (Pasukan Petugas CCOB), Abu Hassan Alshari Yahaya

Setakat suku keempat 2024, terdapat 5.1 juta pemegang akaun aktif BNPL, majoritinya golongan muda dan dewasa bekerja berumur antara 21 hingga 45 tahun.

Kebanyakan pengguna BNPL adalah berpendapatan rendah dan tidak mempunyai akses kepada pembiayaan peribadi lain.

Kaji selidik atas talian dijalankan mendapati 69 peratus daripada pengguna BNPL bergantung sepenuhnya kepada skim ini sebagai satu-satunya sumber pembiayaan.

Kata Abu Hassan, kajian tersebut dijalankan dari Ogos hingga September 2024 oleh Pasukan Petugas CCOB dan membabitkan 21,070 pengguna BNPL.

Buy Now Pay Later

Sebanyak 56 peratus atau lebih separuh responden menggunakan BNPL untuk membeli barangan keperluan, manakala hanya 12 peratus menggunakannya secara eksklusif bagi barangan bukan keperluan.

Dalam kalangan pengguna BNPL, 87 peratus memiliki satu atau dua akaun pada satu masa, manakala 40 peratus menggunakan BNPL antara dua hingga lima kali sebulan dan 22 peratus lagi melebihi lima kali sebulan.

Abu Haasan juga mendedahkan seramai 73 peratus pengguna BNPL adalah daripada kumpulan B40 dengan pendapatan di bawah RM5,000 sebulan.

21 peratus lagi terdiri daripada golongan M40 dengan pendapatan antara RM5,000 hingga RM10,000.

parcel banyak dah sampai

Gambar hiasan

buy now pay later
1 month ago

Naik Mendadak Dalam Tempoh Setahun, Jumlah Tunggakan 'Buy Now Pay Later' Cecah RM1 Bilion

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...