Rakyat AS Tolak Kuarantin Di Rumah, Lakukan Protes Berani Mati

Trending

Rakyat AS Tolak Kuarantin Di Rumah, Lakukan Protes Berani Mati

Umum mengetahui tentang bahaya pandemik COVID-19 kepada kita manusia mahupun haiwan. Sejak penularan virus itu berlaku, banyak kematian telah dicatatkan sehingga mencecah lebih 160,685 kes kematian.

Bagi menghentikan penularan ini, banyak negara telah mengarahkan rakyat mereka untuk mengamalkan penjarakan sosial dan perintah lockdown dalam jangka masa yang lama berikutan masih tiada vaksin ditemui.

Advertisement

Namun, masih ada golongan yang seolah-olah tidak menyedari tentang bahaya virus ini, apabila masih ramai yang bertindak melanggar arahan yang diberikan.

Baca: Rindu Nak Jumpa Kekasih, Sampai Sanggup Langgar Arahan PKP

Nampaknya jumlah kes kematian yang tinggi tidak dapat membuka mata rakyat Amerika Syarikat (AS) mengenai kepentingan dalam melaksaan penjarakan sosial atau lockdown disana, apabila beratus orang telah turun melakukan protes untuk ‘menghentikan lockdown’.

Gambar protes

Semasa perhimpunan itu berlangsung, kelihatan orang ramai sedang mengibarkan bendera Trump 2020 dan tulisan-tulisan anti-lockdown ke udara sambil meminta pemecatan Dr Anthony Fauci, iaitu pakar imunologi dan pakar penyakit berjangkit terkemuka di negara itu.

Gambar hiasan

Mengejutkan disini, ada juga individu yang berani membawa anak kecil berusia 7 tahun untuk bersama-sama menyertai perhimpunan tersebut tanpa memikirkan bahaya mengenai virus tersebut.

Saya tidak risau kalau dijangkiti virus ini. kalau kami memang dijangkiti, saya rasa kami cukup sihat untuk melawannya.

Difahamkan, kejadian itu berlaku dikatakan berpunca daripada penyebaran maklumat palsu yang telah tersebar di media-media AS mengenai tiada pandemik yang berlaku di sana.

Oleh itu, ramai daripada mereka telah meminta kerajaan untuk memulangkan semula kehidupan mereka seperti biasa sekaligus menolak segala maklumat berkenaan COVID-19.

Turut dipercayai, mereka yang terlibat dengan protes ini ialah daripada golongan anti-vaksin di negara itu.

Gambar hiasan

Gambar hiasan

Ternyata ramai lagi yang telah mempercayai segala konspirasi atau maklumat palsu yang disebarkan berkenaan pandemik COVID-19, sehingga ramai daripada mereka sanggup membahayakan diri masing-masing.

Perhimpunan yang untuk menentang perintah lockdown ini, dikatakan telah dilakukan dibeberapa buah negeri Amerika seperti Idaho, Virginia, Michigan, Florida dan Oklahoma.

Sumber: (1) (2)

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...