Rakyat Amerika ‘Berlumba-Lumba’ Beli Barang ‘Made In China’ – “Lebih Baik Saya Beli Barang Serupa Tapi Lebih Murah”

Dunia

Rakyat Amerika ‘Berlumba-Lumba’ Beli Barang ‘Made In China’ – “Lebih Baik Saya Beli Barang Serupa Tapi Lebih Murah”

Melalui laporan Sinar Harian, rakyat Amerika kini sedang ‘berlumba-lumba’ mencari serta membeli barangan di e-dagang China susulan pengumuman tarif tinggi dibuat oleh pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Penduduk Amerika ‘serbu’ barangan ‘Made In China’

Menurut salah seorang rakyat Amerika yang mempunyai anak, sebelum ini sama sekali tidak merancang untuk membeli kerusi keselamatan kanak-kanak tetapi dirinya mengubah fikiran susulan tular amaran tentang kenaikan harga produk bayi susulan tarif tinggi itu.

Advertisement

penduduk amerika

Saya bimbang harga sekarang yang dijual AS$200 (RM960) boleh menjadi lebih mahal.

Disebabkan perang perdagangan yang tercetus antara Washington dan Beijing, ramai pengguna ‘berebut’ membeli produk import kerana bimbang lonjakan harga pada masa hadapan.

‘Lebih baik beli produk Apple sekarang sebelum naik harga’

Dalam pada masa yang sama, ramai juga mengambil peluang membeli iPhone serta peti sejuk, manakala sebahagian besar membuat pesanan melalui platform e-dagang China.

made in china

Saya berpendapat adalah lebih baik membeli telefon pintar itu sekarang kerana bimbang jika Apple menaikkan harga. Perang perdagangan dengan China mungkin akan berlarutan sehingga akhir tahun ini.

Difahamkan, susulan pengumuman tarif tinggi oleh Donald Trump, ramai pengguna di Amerika menyerbu pasar raya dan pusat membeli-belah sejak bulan lalu untuk membeli serta menyimpan stok barangan sebelum harga naik melonjak.

2 days ago

Konflik Tarif Trump : Kos Sebenar Beg Mewah Hermès Hanya RM6000, Influencer China Bongkar Realiti Industri Fesyen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...