Bila kita tinggal di rumah sewa, terpaksalah berdepan dengan perangai rakan-rakan serumah. Namun begitu, bukan semuanya berperangai baik dan ada yang berperangai mengjengkelkan, contohnya rakan serumah yang pemalas dan pengotor.
Inilah yang dihadapi oleh seorang wanita. Tahap pengotor rakan serumahnya yang juga bekerja sebagai editor sebuah majalah memang mengejutkan. Ikuti kisahnya.
Assalamualaikum.
Sementara aku teman anak saudara aku tengah buka mainan baru pukul tiga pagi ni,aku tergerak hati nak buat confession pasal bekas rakan-rakan serumah aku dua tahun lepas. Ada juga beberapa perkara yang aku ingat-ingat lupa but pengalaman ni memang betul-betul mengajar aku erti penyesalan. Harap anda semua yang baru nak cari rumah sewa tu tak repeat kesalahan bodoh yang aku buat.
Nak jadi cerita, aku kenal bekas rakan-rakan serumah (Z) dekat mudah. Dia post iklan bilik sewa. Aku waktu tu memang terdesak cari rumah sewa. Keutamaan rumah sewa aku nak mesti dekat dengan lrt sebab aku tak ada kenderaan nak pergi kerja.
Waktu ni aku ada dua pilihan rumah sewa. Last sekali aku pilih duduk dengan Z sebab dia nampak lebih peramah berbanding dengan budak rumah sewa lagi satu. Silap pertama aku di sini. Aku lupa orang beritahu don’t judge a book from its cover.
Z ni memang nampak peramah gila, tak lokek dengan senyuman, pandai ambil hati dan dari segi luaran walaupun dia berisi tapi penampilan dia agak bergaya. Pendek kata, first waktu aku jumpa dia aku dah rasa selesa. Waktu ni aku fikir aku tak kisah sangat pasal rakan-rakan serumah aku janji dia nampak okay. Lagipun duduk bilik asing-asing kan. Waktu aku datang tengok rumah, bilik aku nak sewa tu bersih cuma tandas kotor. Bila aku tanya Z kenapa tandas kotor? Dia jawab tangki baru lepas baiki. Kotor tu semua kesan air karat baiki tangki. Aku ohh kan sajalah.
Masa aku pindah masuk, si Z ni tak ada. Dia dah bagi aku kunci siap-siap masa aku datang tengok rumah. Waktu aku pindah masuk tu, aku ada rasa pelik juga sebab aku ada nampak mangga kena kopak depan rumah dan nota dekat peti ais dari rakan-rakan serumah lama rumah tu. Dari nota tu macam si Z ni ada konflik dengan budak sebelum ni. Tapi aku tak ambil pusing sangat. Bila aku tanya si Z ni dia asyik kata budak lama bermasalah la dan dia banyak bersabar dengan perangai mereka. Ni kesalahan kedua aku kot. Asyik berfikiran positif saja walaupun dah nampak perkara agak musykil.
Oh ya, pasal bayaran. Si Z ni minta dekat aku deposit 1+1+ utiliti. Standard sajalah bayaran nya untuk rate rumah di situ. Tapi bila aku tanya kenapa kena bayar dekat dia pasal bayaran rumah sewa bukan direct bayar dekat pemilik? Dia jawab sebenarnya pemilik nak naikkan sewa rumah ni tapi disebabkan Z dah sewa dekat 5 tahun,pemilik tak sampai hati. Jadi kalau pemilik tahu penyewa dah bertukar Z risau kalau sewa rumah dinaikkan. Z cakap jangan risau pasal rumah tu,anything dia akan direct dengan pemilik. Cara dia cakap memang lemah lembut dan innocent. Ni kesalahan ketiga aku buat.
Rumah ni ada tiga bilik. Z duduk bilik tidur utama, aku bilik sederhana dan seorang lagi budak (A) duduk bilik kecil. Rumah ni rumah flat tingkat paling atas. Di dalam rumah dua tingkat. Bilik aku,bilik Z dan bilik air di tingkat atas. Bilik A, dapur dan ruang tamu di tingkat bawah.Si A ni masuk seminggu lepas aku masuk.
A ni lagi la memang terlalu baik dan lurus. Jadi semua perkara Z cerita dia terus percaya bulat-bulat. A ni pun bayar deposit semua sama dengan aku. Aku perasan A ni agak kurang berkenan dengan aku. Maybe sebab akutidak bertudung. Jadi kami tak rapat sangat. Z ni la jadi penghubung.
Aku masuk saja rumah perkara pertama aku buat mesti la kemas dan bersihkan rumah. Tandas kotor yang si Z kata sebab karat tangki bocor tu takpun sebenarnya. Memang tandas tu kotor tahap berlumut. Silap aku sebab tak tengok betul-betul. Aku geli gila nak sental. Tapi nanti kalau nak membuang lagi la tak selera ye dak. Hm nak tanak aku letak macam-macam pencuci tandas bagi lumut tu kurang sedikit barula aku sental. Tahap kotor tandas tu di dalam mangkuk sampai lumut hijau hitam semua color lengkap la.
Bukan di situ saja yang berlumut,sekali dengan penutup mangkuk tandas tu semua hitam. Lantai tak usah cerita la. Kalau betul kesan karat air tangki mestila kotor tu susah hilangkan. Ni aku cuci elok saja bersih putih. Makin pelik aku cemana la si Z ni membuang mandi bagai. Tapi waktu dia interview aku nak masuk rumah tu beriya dia tekankan dia nak rakan-rakan serumah pembersih. Z takkan pilih orang sembarangan. Sumpah aku tak selera makan dekat dua minggu impak cuci tandas lumut tu. Berdekah teman lelaki aku gelak setiap kali ajak makan tekak aku loya teringat tandas.
Sebulan kemudian, tiba-tiba Z buat mesyuarat tergempar. Berbekalkan sinar cahaya gadis kampung yang tak bersalah pada muka dia, dia beritahu aku dan A tuan rumah ada call dia. Tuan rumah bagi pilihan sama ada kami nak bayar deposit satu bulan lagi atau nak sewa rumah dinaikkan atas alasan tuan rumah terdesak perlukan duit.
Z ni pun konon mintak maaf pada kami sebab dia dah cuba pujuk pemilik tapi tak berjaya. Aku agak mempertikaikan dan aku suruh dia tunjuk bukti. Z ni dengan lemah lembut cakap pemilik telefon terus dia jadi tak ada bukti mesej ke apa. Z dan a pujuk aku susah senang kita sama-sama la. Jadi bayar juga la.
Setahun juga la aku tinggal dengan Z. A pun dah keluar sebab dapat kerja baru. B pulak yang masuk menyewa. Dalam tempoh setahun tu,aku ni memang buat baik la dengan Z. Aku dan A selalu masak panggil dia makan sekali,selalu kemas rumah dan selalu beli barang rumah. Seronok la Z tapi kami tak kisah sebab aku rasa dia baik.
Walaupun Z malas tapi bila aku sakit ke apa dia ada la tunjuk ambil berat konon nak beli makan la apa. Tapi aku tak pernah terima pelawaan dia. Kesalahan keempat aku, konon tak berkira sampai orang pijak kepala pun tak sedar.
Lepas dua minggu B masuk, aku baru balik kerja petang tu. Aku dah pelik tengok B duduk di koridor tak masuk rumah. Bila aku sampai depan pintu rumah, B cakap mangga pemilik dah tukar. Pemilik ada lekat notis di rumah bunyi dia lebih kurang camni la
“sewa rumah dah tertunggak tiga bulan. Saya perlukan penjelasan. Penyewa-penyewa sila contact saya. No tel xxx”
Aku dan B ni contact la pemilik. Bergelap la kami sampai pukul 8pm depan rumah tunggu pemilik sampai.Sementara tunggu pemilik sampai aku borak dengan B. Selama dua minggu dia masuk aku tak sempat kenal dia sangat pasal aku pun baru balik dari cuti raya. B ni ada la tanya pada aku pasal bayaran rumah apa semua. Rupanya si Z ni dia pergi mintak lebih duit deposit dari sepatutnya pada si B. Lepas itu Z pergi burukkan aku pada si B dengan niat si B ni tak dapat tanya aku apa-apa. Z pun burukkan B pada aku.
Waktu ni Z dah dekat kampung agak lama. Konon nenek dia sakit. Balik kampung ni pun dia siap pinjam duit aku beberapa ratus. Nak pinjam punya pasal dia sanggup datang tempat kerja aku on the spot. Aku kesian aku bagi la pinjam. Tapi dia kantoi balik kampung pergi jumpa teman lelaki baru. Dia lupa gamaknya aku follow wechat n facebook dia. Aku diam saja nak tunggu dia balik baru serang.
Balik pada cerita. Tuan rumah pun sampai. Husband dan wife. Dah berumur.Baik dan boleh bawa berbincang. Lain betul tuan rumah dari apa yang Z cerita. Sedikit pun tak kena.
Tuan rumah bagi kami peluangterangkan apa yang terjadi. Aku dan B pun cerita la kami pun tak sangka sewa rumah tertunggak sampai tiga bulan. Kami memang bayar on waktu setiap bulan. B walaupun baru masuk dia dah bayar duit rumah beberapa bulan tanda booking. Kami pun tunjuk dekat tuan rumah bukti kami bayar sewa dekat Z.Lepas berbincang dengan tuan rumah, baru kami tahu rupanya sewa sebenar rumah tu jauh lebih murah dari sewa si Z tetapkan. Setelah buat kira-kira, total sewa aku dan B bayar bulan-bulan dah cukup bayar sewa satu rumah. Kiranya si Z ni duduk percuma la selama ni. Dah la dia duduk bilik tidur utama.
Tuan rumah sebenarnya sengaja letak sewa murah sebab kasihan dekat budak-budak muda menyewa dekat KL mahal. Tup-tup senang saja si Z ni ambil kesempatan. Bukan tu saja, deposit yang selama ni dia ambil dari kami tak pernah sampai pun pada tangan tuan rumah. Rumah tu rupanya tak ada deposit segala bagai pun. Si Z ni rupanya baru juga setahun dua menyewa rumah tu dan dia memang bermasalah. Cumanya tuan rumah tak datang tengok sebab dia sakit jantung. Tinggal lama dekat hospital.
Ambik setepek-setepek memasing kena tipu dengan Z. Baru aku teringat Z ni ada plan nak bercuti di thailand hujung bulan tu. Maybe nak guna duit hasil songlap la kot.Tuan rumah marah sangat dengan Z. Jadi kami pun pakat dengan pemilik nak tangkap Z dan laporan polis bila Z balik nanti.
Bila Z balik, aku dan B senyap-senyap keluar rumah. Kami kunci pintu grill dari luar guna mangga baru. Lepas itu pemilik datang dan bawa kami pergi balai polis.
Rupa- rupanya apa yang si Z buat ni tak menyalahi undang-undang pun. Manalah kami tahu. Masing-masing pun buta undang-undang. Kami cuma boleh buat laporan dia songlap duit sewa tiga bulan tertunggak tu saja. Tu pun tak ada bukti kukuh. Duit deposit dan sewa tiap bulan tu tak boleh buat laporan pun sebabnya tak ada perjanjian hitam putih menetapkan bayaran sewa rumah. Ingat tu kawan-kawan kalau masuk mana-mana rumah sewa mesti ada perjanjian hitam putih antara tuan rumah dan penyewa. Tak kira la sewa bilik sekalipun.
Jadi kami pun balik rumah sewa dengan pemilik. Pemilik suruh aku jerit panggil Z. Z pun laju turun dari tingkat atas. Apalagi terbeliak Z tengok pemilik datang sekali dengan kami. Waktu ni kami duduk di luar pintu grill sebab kami takut Z naik hantu tak pun larikan diri. Maklumlah badan dia besar tiga kali ganda dari kami.
Z ni memang psiko habis. Kami tanya dia macam-macam dia diam saja sambil tunjuk muka tak bersalah. Dia ada menjawab dengan kasar bila kena paksa dengan pemilik. Hilang terus sifat lemah lembut kampung dia tu. Malam tu baru nampak true color si Z ni.
Automatik malam tu,pemilik terus halau dia dari rumah tu. Pasal pemilik takut dia cekik kami berdua sebab kami kecik hahahaha. Z memang pandang kami kecik besar kecik besar (read; berdendam). Sebelum Z blah malam tu,kami paksa dia sign agreement untuk dia bayar balik duit kami. Lepas itu kami tunjuk dia laporan polis kami buat. Konon kami ugut dia hal ni akan jadi panjang kalau dia tak bayar dalam tempoh dua minggu. Padahal tak ada apa pun. Kot-kot la dia nak bayar duit kami secara ansuran ke apa. Dia bungkus apa yang patut sedikit then dia blah.
Tak habis di situ. Dua minggu lepas itu tak ada pun bunyi Z ni nak bayar ke apa. Aku dan B kopak la bilik dia. Kot-kot la ada barang berharga ke. Boleh la ugut ke apa kalau dia bayar baru kami bagi barang dia ke apa. Oh ya selama setahun aku duduk dengan dia,tak pernah sekalipun aku masuk bilik dia. Bilik dia sentiasa berkunci dan bertutup dengan langsir tebal.
Bilik kami saja pintu ternganga luas selalu.Buka saja pintu bilik dia terus aku dan B lari masuk bilik air. Bau dia masyallah. Loya termuntah kami dua orang. Bila kami dah agak bertenang kami gagahkan juga nak selongkar bilik si a. Gelap segelapnya tak ada sedikit cahaya pun. Bila buka lampu haaa tu diaa. Tak tahu la kami ni dalam bilik Z ke atau dalam tong sampah besar Alam Flora.
Segenap pelosok bilik memang penuh dengan habuk termasuk setiap inci lantai. Habuk dia bukan sedikit tau tahap bersawang macam bertahun tak berpenghuni. Katil pun sama kotor penuh dengan barang. Tak boleh nak duduk langsung. Baju memang berselerak serata bilik. Tak reti dah nak beza mana yang kotor mana yang bersih. Yang lembap pun ada. Dinding bilik dia boleh kata dah berkulat maybe atas faktor kelembapan tinggi.
Ala macam dinding tempat sarang penagih kita tengok dalam televisyen tu. Almari memang roboh macam kena bom. Yang paling dasyatttt haa tau apa dia? Ada seplastik besar tuala wanita berdarah Z sangkut di belakang pintu. Darah kering darah basah semua ada termasuk terkena juga di dinding. Mungkin dia cuba baling dalam plastik tapi tak masuk gol kot. Geli nak mampussss. Aku dan B pun pack barang dia campak dalam plastik sampah.
Waktu aku tengah angkat baju dia nak letak dalam plastik sampah, aku rasa macam terpegang benda lembap. Ingat baju basah ke apa. Rupanya ada tuala wanita berdarah masih lekat di seluar dalam tersembunyi di sebalik longgokan baju dia. Geli wei geliiii. Samak pun belum tentu bersih ni hahaha.
Sampah sahaja tiga plastik besar kami kutip. Sampah tu termasuk bekas polistrin,makanan, botol, barang plastik membeli-belah semua. Bau kepam tak usah cerita. Memang kami kemas pakai mask dan tangan balut dengan plastik lepas taubat terpegang tuala wanita berdarah dia euwwww.
Pening aku fikir macam mana la dia cari baju dia setiap kali dia nak keluar. Dia memang pandai bergaya la untuk orang yang berbadan besar. Siap dengan solekan yang mengikut trend. Almaklumlah dia editor majalah yang agak terkenal. Jadi dia selalu pakai cantik-cantik kalau ada pergi sidang media atau ada pelancaran produk ke apa.
Aku dah baca majalah tu. Memang nama dia sebagai editor okayyy. Jawatan saja kelasss tapi bilik macam nerakaa.
Baru- baru ni aku search dia di facebook tengok dia dah kahwin siap ada anak seorang. Aku tak tahulah macam mana laki dia hadap dia hahahaha. Tak selero den!
Pengajaran dia pandai-pandai la anda semua fikir. Ye aku tau banyak salah aku sebab sambil lewa saja sewa rumah sembarangan. Taubat tak buat dah.
Maafla cerita memang panjang. Aku gagal bab penulisan ni. Byeee
– ayam goreng crispy
Ini kali pertama penulis mendengar mengenai rakan serumah yang melambakkan tuala wanita berdarah merata-rata. Tak dapat dibayangkan betapa pengotor orang seperti ini sehingga menguruskan tuala wanita pun menjadi satu masalah besar. Semoga kita semua tidak terserempak atau terpaksa berhadapan dengan rakan serumah seperti ini. – amazingnara.com
Sumber: IIUMC