Seperti semua sedia maklum, penyanyi berbakat besar, Haqiem Rusli kini antara penyanyi muda tempatan yang digilai ramai.
Biarpun namanya sedang memuncak sehingga berjaya merangkul trofi Anugerah Bintang Paling Popular (ABPBH) ke-33, namun sehingga kini dirinya masih bebas daripada sebarang gosip liar.
Malah, tidak ketinggalan, beliau juga sering berkongsi rezekinya bersama insan tersayang seperti menghadiahkan ibunya sebuah kereta tempoh hari.
Bahkan, memang tidak boleh dinafikan lagi beliau juga amat diminati ramai berikutan sifatnya yang rendah diri dan sering dipuji peminat kerana mementingkan hal agama.
Terbaharu, menurut rakannya, Haqiem merupakan antara insan yang tidak pernah mengabaikan perintah Illahi seperti melakukan kewajipan solat.
Hal ini dapat dibuktikan menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Tiktok bernama Jay Jusin yang menyaksikan Haqiem tampil mengerjakan solat di kediamannya.
“Tiap-tiap kali datang rumah memang tak pernah miss minta sejadah nak solat. Kekadang tengok kawan solat, tersentuh hati.. Harap satu hari nanti dapat solat penuh macam Haqiem.”
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya seakan mengakui selain kerja keras yang dilakukan selama ini, kejayaan dan rezeki yang diperoleh oleh penyanyi itu adalah kerana keutamaan dan kepatuhannya terhadap perintah Allah SWT.
Malah, mereka juga dilihat tidak ketinggalan memuji penyanyi Tergantung Sepi itu kerana langsung tidak pernah lupa diri biarpun kini berada di puncak kejayaan.