Rakan Buat Kerja ‘Gila’, Bagi Tong Gas Sebagai Hadiah Perkahwinan

Trending

Rakan Buat Kerja ‘Gila’, Bagi Tong Gas Sebagai Hadiah Perkahwinan

Setiap kali menghadiri majlis perkahwinan mesti akan ada pemberian daripada tetamu untuk pengantin mahupun kepada keluarga pengantin. Ada yang bagi berbentuk hadiah dan ada juga yang bagi dalam bentuk wang ringgit di dalam sampul.

Namun, lain pula yang diberikan oleh sekumpulan pemuda ini untuk rakannya yang melangsungkan perkahwinan. Boleh dikatakan hadiah yang mereka bagi itu cukup ‘rare’ sebab jarang dibuat orang lain.

Advertisement

Video yang dikongsikan melalui akaun TikTok milik @amirulyaacob_ memaparkan mereka telah menghadiahkan satu tong gas memasak untuk rakan mereka yang sedang melangsungkan perkahwinan.

Apa yang menarik perhatian lagi ‘hadiah’ berkenaan dibalut dengan kemas dan dihias dengan rapi.

Rasanya belum pernah dibuat orang lain lagi bagi tong gas memasak sebagai hadiah perkahwinan. Memang rare lah!

Netizen juga terhibur tengok gelagat mereka yang bungkus ‘hadiah’ daripada awal sehingga bawa hadiah tersebut ke majlis perkahwinan rakan mereka.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...