Rakan Baik, Sissy Iman Bakal Jadi Pengacara Di Majlis Perkahwinan Fattah Amin & Amira Othman

Hiburan

Rakan Baik, Sissy Iman Bakal Jadi Pengacara Di Majlis Perkahwinan Fattah Amin & Amira Othman

Penyanyi dan pengacara, Sissy Iman meluahkan rasa gembira apabila berita sahabat karibnya, Amira Othman bakal mendirikan rumah tangga dengan pelakon terkenal, Fattah Amin diumumkan secara rasmi.

Menurut Sissy atau nama sebenarnya Sissy Imann Mohammad Kamil, 30, dia turut mendoakan agar segala urusan pasangan itu menjelang hari bahagia dipermudahkan.

Advertisement

sissy iman

Tulisnya di Instagram Story,

Berita perkahwinan mereka akhirnya keluar. Insya-Allah, semoga dipermudahkan segala urusan.

Lebih menarik, Sissy turut mendedahkan bahawa dia akan bertugas sebagai pengacara pada majlis ijab kabul pasangan tersebut. Dalam satu tangkap layar perbualan yang dikongsikan, Amira pada awalnya mahu mengundangnya sebagai tetamu tanpa menyedari rakannya itu sebenarnya terlibat secara langsung dalam majlis yang dijadualkan berlangsung pada 14 September.

Selorohnya,

Nasib baik sayang… Jadi tak kisahlah datang majlis kena kerja waktu tu.

Terdahulu, dunia hiburan dikejutkan dengan lamaran terbuka Fattah kepada Amira ketika penyanyi itu sedang berduet bersama adiknya, Irfan Haris, menerusi lagu baharu mereka ‘Rasa & Takdir’.

amira othman kahwin
2025-08-29 10:17:04

Amira Othman Perjelas Dakwaan Bakal Berkahwin Dengan Fattah Amin - "Itu Strategi Marketing"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...