Seorang pengguna facebook telah memuat naik satu status bercerita tentang seorang rakannya yang baru meninggal dan status tersebut mendapat lebih 6 ribu perkongsian oleh netizen.
Adam Chan, berkongsi punca rakannya meninggal dunia adalah kerana terlalu banyak bebanan kerja. Dia mengalami kemalangan ketika pulang dari tempat kerja pada pukul dua pagi.
Rakannya bekerja di jabatan audit dan menurut rakan mereka, sudah menjadi budaya jika bekerja di jabatan berkenaan, untuk menyiapkan segala kerja yang mereka ada terlebih dahulu sebelum pulang.
Mereka juga tidak boleh pulang selagi ‘senior’ atau yang berpangkat lebih tinggi daripada mereka pulang dahulu.
“Tiada siapa yang akan peduli jika anda letih, ada orang yang menunggu anda pulang di rumah atau apa-apa sahaja alasan yang boleh menangguhkan kerja yang dilakukan atau menjejaskan keseluruhan pasukan audit.”
Adam berkata yang dia tidak berada dalam skop pekerjaan sebagai auditor tetapi kalau betullah budaya dan cara kerja mereka seperti itu, perkara ini patut dihentikan serta diubah.
Dia juga berpesan kepada sesiapa yang bekerja dalam bidang yang sama untuk menjaga diri, mendapatkan rehat yang secukupnya atau sekurang-kurangnya berehat sebentar jika terlalu sibuk.

Sumber: Rise Smart
Selain itu, Adam juga berharap agar ada pihak yang boleh mengambil iktibar daripada kejadian yang menimpa rakan baiknya itu dan semoga perkara yang sama tidak berulang lagi.
Statusnya itu ditujukan kepada rakan baiknya sebagai salah satu cara untuk meluahkan apa yang sepatutnya dirasai oleh rakannya itu dan sebagai bantuan terakhir yang boleh dilakukan olehnya.
Adam turut berkongsi satus salah seorang kawannya, Hoo Xinyi yang juga pernah menajdi seorang auditor pelatih di sebuah syarikat perakauan yang terkenal.
Hoo Xinyi, berkongsi kisah dan kehidupan sebenar mereka yang bekerja dalam bidang perakaunan, dimana realitinya tidak sama seperti yang orang ramai gambarkan.
Malah dia sendiri tidak menyangka realiti kerja sebenar dalam bidang tersebut tidaklah segembira yang dijangka.
“Saya sangat teruja ketika saya mendapat tawaran menjadi pelatih disalah satu daripada 4 firma perakaunan terbesar kerana ini boleh ‘mencantikkan’ resume saya. Tetapi anda tidak akan tahu realiti sebenar sehingga anda merasainya sendiri.”
Itu antara ayat yang ditulis oleh Xinyi dan dia bercerita bagaimana dia masih berada di pejabat pada pukul satu pagi berfikir macam mana mereka boleh pulang. Mereka tidak boleh menyiapkan kerja yang diberi kerana dokumen yang diperlukan tidak ada.

Sumber: Fit for work
“Saya ingat lagi peristiwa dimana saya meminta izin pengurus untuk pulang kerana ingin melawat ayah kepada kawan saya yang baru meninggal tetapi tidak dibenarkan kerana masih ada kerja yang belum siap.”
Selain itu dia juga berkongsi bagaimana auditor lain selalu dimarah kerana beberapa masalah dan kesalahan kerja. Dia juga pernah berfikir untuk menghabiskan latihan industrinya lebih cepat daripada waktu yang sepatutnya kerana sudah tidak tahan lagi dengan situasi bekerja dalam firma itu.
“Saya boleh menerima jika perlu bekerja lebih masa tetapi haruslah berpatutan kerja dengan bayaran lebih masa tersebut. Saya tidak keberatan bekerja keras tetapi mengapa perlu bekerja keras jika kerja kita tidak dihargai? Oh, adakah saya ada memberitahu bahawa kita tidak mendapat bayaran kerja lebih masa ?!”
Dia akhiri statusnya dengan menulis “bersama-sama kita boleh membuat perubahan”.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dijangka tekanan di tempat kerja akan menjadi satu masalah yang besar menjelang tahun 2020 dimana akan mempengaruhi kesihatan manusia.
Isu ini patut dipandang serius bagi semua pertebuhan kesihatan di seluruh dunia dan para majikan serta pekrja perlu mengambil inisiatif untuk mengurangkan masalah tekanan dan kerja berlebihan ini.