Written by serenity | December 19th, 2017

Semalam mungkin merupakan sejarah hitam buat peminat k-pop. Penyanyi utama Shinee, Jonghyun, 27, didapati tidak sedarkan diri di sebuah apartment dan dikejarkan ke hospital oleh petugas perubatan. Namun Jonghyun disahkah telah meninggal dunia sebaik saja tiba ke hospital, menyebabkan peminat-peminatnya bersedih dengan pemergiannya.

Di Instagram, seorang rakan rapat Jonghyun kini cuba untuk memberi sedikit kelegaan buat peminat Jonghyun dengan mengongsi nota terakhirnya. Nota bunuh diri Jonghyun dikirim kepada penyanyi kumpulan Dear Cloud, Nine9, dan penyanyi itu kemudiannya memuat naik nota itu ke Instagram dengan persetujuan ahli keluarga Jonghyun.

Dalam nota itu, Jonghyun memberitahu mengapa dia mengakhiri nyawanya sendiri:

Saya rosak di dalam. Kemurungan yang sebelum ini memamah saya secara perlahan, kini sudah menelan saya sepenuhnya, dan saya tak dapat mengalahkannya dalam pertarungan ini.

Saya bencikan diri saya. Saya dah cuba berpegang pada kepingan memori dan tengking dri saya supaya berpaut pada kepingan itu, tetapi tiada jawapan.

Apa lagi yang boleh saya katakan? Beritahu saya, saya dah berusaha sedaya upaya. Beritahu saya, dah cukup bagus untuk saya sampai sejauh ini. Walaupun anda (peminat) tak mampu tersenyum bila melepaskan saya pergi, tolong jangan salahkan saya.

Saya benar-benar dah mencuba sedaya upaya. Selamat tinggal.

Menurut Nine9, Jonghyun pernah bercakap dengannya mengenai kemurungan yang dialami, malah Nine9 telah memberitahu ahli keluarga Jonghyun tentang perkara ini. Nine9 juga memberitahu Jonghyun sendiri telah memintanya mengongsi nota itu dengan peminat-peminatnya, dan walaupun mencetuskan kontroversi, dia yakin Jonghyun mempunyai sebab tersendiri meninggalkan nota itu.

Semalam, penyiasat menemui kepingan arang yang dibakar dalam kuali apabila mereka tiba di apartment yang disewa Jonghyun, dan mengesyaki penyanyi itu mungkin terbunuh kerana menghidu gas karbon monoksida yang terhasil dari pembakaran arang itu.

Sebelum Jonghyun ditemui, kakaknya telah memberitahu pihak berkuasa mengenai Jonghyun, mengesyaki penyanyi itu bakal membunuh diri. Antara teks yang dihantar kepada kakaknya ialah, “íni ucapan selamat tinggal saya yang terakhir.” – beautifulnara.com

Sumber: Allkpop

TAGS:
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

25 responses to Rakan Baik Dedah Nota Bunuh Diri Jonghyun, Ditujukan Untuk Peminatnya

  1. Anonymous says:

    lemah

    1

    13
  2. psychiatrist says:

    depression ni jgn buat main. ni termasuk kategori mental health. sbb mereka ni nk rasa sakit bg mereka ape yg mereka alami tu sgt sakit dan hanya mati pon hentikn nye. they shouldnt left him alone klo dorg tau mamat ni depressed. nk ckp RIP pon x bleh. kafir tu 1. 2 mati sbb bunuh diri. hidu arang. esk pon jg bahan pembakar kami yg berada di neraka kelak. annyeonghikaseyo je lah.

    33

    0
  3. bebel says:

    no respect to this person, everyone has their own trials and test…

    1

    20
    • Dr A says:

      Ak jarang post anything on BN. But I have to comment on this.

      Yes, everyone has their own test and trials. But depression is more than just a test. You will feel unworthy, hopeless and helpless without knowing the reason why. And it’s not merely due to the way people’s think or cope with their problem, but it’s due to problem with the tneurotransmitters in the brain, which in return affects the way of thought.

      To put it simple, depression is an illness. A treatable illness. We just need to throw away the stigma and be more supportive to people with depression.

      – Dr A

      23

      0
      • LanaBD2 says:

        AGREED! I’ve been in depression before and it feels like drowning … except you can see everyone around you breathing.
        I have Bipolar 2 and I’m on my meds now. I’m a proud badass motherfucker because nothing is more terrifying than battling your own mind every single day. Yang tak tahu apa rasa boleh bercakap.
        #endthestigma

        0

        0
  4. Anonymous says:

    jd superstar, dikenali and kaye raye pon depressed, baik bersederhana aje lah, patot aku tgk # banyak pasal die ni, baru ku tau sape beliau.

    5

    8
    • Anonymous says:

      superstar ni la yang banyak depression .. I ingat lagi Michale Phan buat video about her problem 6 months ago after she being silent for too long. Famous tak semestinya bahagia

      0

      0
  5. Anonymous says:

    sedih sgt I’m ur fan. harap2 pasni kte hulurkanla bantuan pd kwn2 or family yg ad depression bwk jumpa mereka2 yg expert…

    16

    1
  6. pika says:

    sedih sgt I’m ur fan. harap2 pasni kte hulurkanla bantuan pd kwn2 or family yg ad depression bwk jumpa mereka2 yg expert…

    3

    0
  7. Anonymous says:

    bahaya betul kalo dpt masalah depression ni… jgn main2..

    7

    1
  8. ki says:

    Lembik. rest in hell la ye.. yes its true, its DAMN true..
    #matiitubenar

    0

    27
    • anti-ki says:

      I am so utter in disgust, how do you feel if THIS happen to your family/ friend and someone saying this shit to you? at least show some respect

      13

      0
  9. Noi unni says:

    Dia mati kerana kerana struggle dengan MUSIC….Betapa rajin nya mereka ni sampai depres kalau tak dapat fikir pasal apa yang mereka minat.

    4

    0
    • Anonymous says:

      mmg sbb muzik…dia rasa tak cukup talented… hidup drg pun hiburan semata2…..kalau artis perempuan korea kes bunuh diri pulak byk hal kena dera kena cabul…sbb muda2 masuk kpop terpaksa pakai miniskirt…

      8

      0
  10. No says:

    Kesiannya .. Harap SM selaku agensi akan ambik semua benda nie jadi Iktibar pada diorang .. Supaya jangan tekankan artis mereka sendiri !!! You have perfect vokal all the time bro …. No one cannot repeat your place ! #RestAndPeaceJonghyun #RipJonghyun

    3

    0
  11. Mimin says:

    Depression ni jgn dibuat main. Kdg2 org depression ni dy rasa mcm org anggap dy xwujud. Tgk la artis ni, wlaupun kaya,banyak peminat tp jauh dlm hati dia rasa kesunyian tu. Jgn remehkan org depression dgn merasa dia seorang yang lemah. Klau boleh dibuat pilihan sy yakin dia sndiri x kan mahu ada pnyakit ni

    19

    0
  12. Anonymous says:

    Jadikan sbg pengajaran

    3

    0
  13. suzie says:

    Minho aku..jgn kau jadi mcm kwn kau tu..amalkan cara hidup yg sehat..sentiasa bersukan ye..anyong..sarangheyo

    0

    6
  14. RakyatMarhaen says:

    Kalaula kau tau neraka itu pasti

    6

    0
  15. Sofia says:

    We need something like obama care in our society, depression is a serious matter ppl… So sad but true, sometimes we can see that ppl have it all (fame & wealth) but are struggling deep down. My heart goes out to those who are dealing with depression. Evem caprice pun semalam mengaku depressed for three months (dalam majalah 3).. Alhamdulillah Allah gave him hidayah untuk berjihad!!!

    7

    0
  16. aiko says:

    It only takes a moment for that demon to take control of our mind and decide “this is the perfect moment to die”

    Don’t underestimate depression.

    2

    0
  17. Ros says:

    Honestly speaking, aku pun x tau macam mane boleh kekal hidup sampai 30 tahun sedangkan dah berkali2 ak suicide and depressed. Family problem, benci idup, xde kasih sayang, genetics, kawan2 x guna, saka maka baka etc. Hidup ni secara amnya kejam. Sampailah hidayah Allah tu sampai (kalau sampai), barulah hati akan diringankan. Hidup sangat susah, so be kind to one another. And meleis bodoh sekalian-depression is an ilness, bukan meroyan akibat putus cinta berkoyan2 mcm 100% lagu melayu yer.

    9

    1
  18. Anonymous says:

    Betul tu. Bukan semua yg depression tu sbb cinta. Lagi satu, stigma psl “mental illness” ni teruk sgt. Fyi, bkn smua yg prgi psikiatri tu gila ok. Mental illness ni ada byk jnis. So, kaji la dlu sblm judge smua yg prgi sana tu gila

    1

    0
  19. JK says:

    Aku ada sorang kawan yang pernah suicide. Serious, no joke ok benda camni. Tak kira la dia kafir ke muslim ke benda camni bukan boleh dibuat main2. Dia berperang dgn diri dia untuk jadikan semuanya ok. Tapi dia rasa tak ok jgk. Tak ke kesian weh. Padahal kita yang tengok ni dia ok je. Wallahualam. Moga kita ni sihat2 belaka dan sentiasa bersyukur sebab boleh handle diri masing2. We have to take care of our friends and family sebab dalam diam2 tu kita tak boleh tahu yg salah sorang drpd org keliling kita ni pun depress jgk.

    5

    0

Leave a Comment

Optional