December 10th, 2019

Sebelum ini, kontroversi rumah tangga Da’i Farhan terus mendapat perhatian ramai apabila dia tampil membuat laporan polis dan tuntutan saman terhadap rakan baik bekas isterinya, Ches Al-Maliki

da'i farhan

Umum mengetahui Ches berkongsi surat terbuka mendedahkan pendakwah itu berkahwin dua dengan seorang janda anak lapan tanpa pengetahuan isteri pertamanya. Namun, Farhan tampil membuat kenyataan bahawa dakwaan yang dibuat oleh wanita itu adalah mungkin kerana dendam dan tidak dapat menerima hakikat isterinya redha hidup bermadu.

Terbaru, Ches menerusi akaun Facebooknya berkata Farhan sudah menarik balik saman itu.

Tuntut pihak Farhan mohon maaf secara terbuka

ches al maliki

Ches menuntut pihak Farhan untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam atau pendakwah itu berhadapan tindakan saman. Permohonan maaf itu bagi membersihkan nama Ches yang sebelum ini didakwa sebagai pemfitnah.

Terdahulu, Farhan berkata tindakannya membuat laporan polis terhadap beberapa individu yang mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah di media sosial adalah kerana ingin memberi pengajaran kepada pengguna laman sosial supaya lebih berhati-hati ketika berkata-kata.

da'i farhan

Tidak lama selepas itu, pendakwah itu mengesahkan telah menceraikan isteri pertamanya pada 3 Disember lalu menerusi rakaman suara di aplikasi WhatsApp.

Sumber Berita : Ches Al-Maliki


11 responses to “Rakan Baik Bekas Isteri Tuntut Da’i Farhan Mohon Maaf Secara Terbuka”

  1. tipahhhhhhh says:

    sy setuju dgn ches, sbb dari keberanian dia open kes ni, satu2 kebenaran terbongkar. kes dr. palsu, kes kereta n baru2 ni kes kontraktor kan. terus terbela nasib mereka setelah bertaun dianiaya. Kes dr ni pun kena siasat, sbb melibatkan kesihatan org awam kan. pasal rumahtangga tu aku mls nak ulas dah.. tula byk sgt kecek kannn..mendapatla oi

  2. minah jambu say NO to drugs says:

    naseb baik dia kawin ngan ustaz farhan jadi sape yg cari bini dia ni leh jumpa n boleh di kesan..idop jangan nak menipu aje laki kau pon kau tipu ape punya manusia cngini ni ..! anak pulak lapan ishhh ..

  3. Anonymous says:

    anon 1.17pm, boleh buka cerita org tu sbb jika perkara yg benar..jdikan pengajaran, buka cerita x semesti buka aib..

  4. nana says:

    anon 1.17pm….bukak aib mmg salah. but in this case dia dedahkan si penipu so lg ramai tak kena tipu. and dia mmg nk bersihkan nama dia dan kawan dia…so betul la apa yg dia jelaskan. HARAM DUIT HASIL MENIPU DNA MENCURI….kalau mkn gk duit tu siap bg anak2 mkn….JADI DARAH DAGING DARI SUMBER HARAM. Hopefully lepas ni jgn la ada yg teraniaya lg.

  5. Anonymous says:

    Setuju sgt… Membuka aib org dimedsoc dlm apa keadaan pun, still terpalit dosa.
    Jgn ingat betul salah dunia saja, betul salah dimata Allah yg perlu dijaga.

Loading...