Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Rakan Baik Bekas Isteri Saman Da’i Farhan

da'i farhan diploma perubatan islam

Pernah rancak mengeluarkan pelbagai kenyataan sebelum ini mengenai perkahwinannya dengan ‘wanita Kaabah’, nampaknya Da’i Farhan terdiam kelu dan menyepikan diri apabila rakan baik bekas isterinya iaitu Ches Al-Maliki, menuntutnya membuat permohonan maaf secara terbuka bagi membersihkan nama wanita itu yang sebelum ini didakwa sebagai pemfitnah.

rakan baik bekas isteri saman da'i farhan

Advertisement

Tidak mendapat sebarang permohonan maaf mahupun maklum balas daripada pendakwah tersebut, Ches menerusi akaun Facebooknya berkata dia kini dalam proses untuk meneruskan tindakan saman terhadap Farhan.

da'i farhan saman

Terdahulu, Ches memberitahu saman fitnah terhadapnya telah ditarik balik. Maklumat itu telah disampaikan melalui keluarga pihak Farhan. Bagaimanapun, Ches menuntut Farhan menghantar surat rasmi dan membuat permohonan maaf secara terbuka melalui tulisan dan video dalam tempoh 24 jam. Sekiranya gagal berbuat demikian, tindakan udang-undang akan diambil.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

23 Comments

  1. Anonymous

    December 11, 2019 at 1:11 pm

    sy sokong cara sahabat..disitu ada cara islam tersirat

  2. AforApple

    December 11, 2019 at 12:20 pm

    setuju sgt …..setakat BFF aje. Kalau keluarga yg berkaitan logic sgt nak enter frame.Hal rumahtangga org jgn kita rumitkan lagi. Cerai talak satu maseh ada ruang untuk berbalik semula. BFF mana nak letak muka jika ia berlaku. Hari esok bukan di tangan kita.

  3. hahaha

    December 11, 2019 at 12:06 pm

    sy pun tak sokong cara stad ni ceraikan bekas istri pertama dia..tapi tak perlu la yang stad, istri stad, bekas stad, kawan bekas stad, adik stad memalukan diri sendiri dengan mempublish statement2 yang memalukan diri sendiri..walaupun semua claim diaorang teraniaya la..dipihak yang benar lah..last2 aib sendiri semua keluar..so the very lah.

  4. Anonymous

    December 11, 2019 at 11:48 am

    maner tak boleh bagi wey ..kene bagi tu ikut la undang undang …

  5. ikan

    December 11, 2019 at 11:43 am

    aku x sokong ustad ni tapi tak payah kot nak saman? or kalau nak saman pun tak payah nak heboh sangat.memang lah ex wife dia tu besfren ko tapi tak patut gak ko yang berlebihan bukak mulut ritu. hal family orang. satg ostad ni habis duit sbb bayar saman, ex dia gak susah tak dapat nafkah anak. dahla lelaki ni banyak duit pun dia kata takde duit nak bagi anak, seminimum boleh je nak bagi, kalau mmg takde duit mungkin kesudahannya tak bagi langsung.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top