Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Rakan Artis Terasa Hati Bila Neelofa Unfollow Mereka Di Instagram

Gara-gara mengambil keputusan Neelofa untuk unfollow beberapa rakan artis di Instagram, ada antara mereka yang terasa hati dan bermasam muka dengan beliau.

Walaubagaimanapun, Neelofa memberitahu beliau sama sekali tidak berniat untuk memutuskan sebarang perhubungan dengan rakan artis lain sehinggakan ada juga yang langsung tidak bercakap dengan beliau kerana hal berkenaan.

Advertisement

Saya mula berhenti menjadi pengikut rakan-rakan termasuklah teman-teman artis sejak beberapa bulan lalu dan perkara itu membuatkan ramai yang mempersoalkan tindakan saya itu. Mereka merasakan sebagai kawan, menjadi kewajipan untuk mengikut mereka di Instagram. Dan jika saya unfollow mereka, ia menjadi satu isu besar.

Ada yang sentap (terasa) dan sehingga kini tidak bercakap dengan saya gara-gara tindakan ini. Sedangkan saya masih lagi menganggap mereka kawan.

Tidak dapat dinafikan kadang kala posting di Instagram agak remeh dan tidak bermanfaat serta mempunyai aura negatif.  Neelofa buat masa ini hanya ingin menerima perkara yang positif dan berfaedah.

Ada sebab saya tidak mengikut rakan-rakan di Instagram. Keputusan ini dibuat sebagai usaha membiasakan diri untuk tidak berfikiran negatif terhadap apa yang kita lihat di laman sosial berkenaan.

Contohnya, apabila kita lihat gambar rakan-rakan yang sedang bercuti atau hasil belian barang-barang, pasti terdetik dalam hati adakah mereka mahu menunjuk-nunjuk walaupun sebenarnya bukan itu niat mereka.

Situasi seperti ini yang buatkan saya tidak suka. Kadang-kadang gambar yang mereka muat naik itu sudah menunjukkan ia bersifat negatif dan secara tidak langsung perkara itu terpalit dalam diri dan boleh serabutkan fikiran kita. Dengan cara ini, saya lebih tenang dan menjadi lebih positif dalam setiap perkara yang dilakukan.

Untuk pengetahuan anda, Neelofa telah unfollow lebih daripada 1000 akaun Instagram dan hanya follow 714 akaun termasuklah mengenai berita tempatan dan dunia, gambar-gambar bayi, fesyen, hiasan dalaman dan tip-tip kecantikan.

Advertisement

Dalam minda semua orang seakan sudah di set apabila seseorang itu unfollow kita didalam laman sosial, perkara pertama yang akan kita fikir adalah “ eh, apsal dia tak follow aku dah, aku ada buat salah ke. Kurang asam betul”, ini lah puncanya timbul rasa tidak puas hati dan sentap sedangkan benda ini sebenarnya hal kecil. Ermm, tidak perlu rasa sedih sangat kalau ada orang unfollow anda.

Sumber Berita: mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top