Sebut sahaja nama Sharnaaz Ahmad, pasti semua akan terbayangkan tubuhnya yang sasa dan sikap beliau yang tidak plastik serta berani dalam menegakkan sesuatu jika dirinya tidak bersalah.
Semakin terkenal kini, Sharnaaz telah dituduh mula bersikap berlagak kerana terlalu memilih dalam menjayakan sebuah karya. Mengakui hanya memberikan yang terbaik dalam lakonan beliau aktor ini menafikan tuduhan tersebut.
Saya tahu ramai yang tegur dan menuduh saya berlagak, naik kepala dan bersikap ‘diva’. Saya tidak peduli tentang itu kerana bagi saya setiap kerja perlu ada sistem.
Saya memilih kerana ia adalah karya yang saya akan bawa dan sama mahu ia dibuat secara betul-betul. Lagi pula saya tidak ambil dua kerja dalam satu masa.
Bukan itu sahaja, sikap segelintir artis yang talam dua muka membuatkan anak kelahiran Pulau Pinang ini lebih selesa untuk berkawan ataupun bergaul dengan kru produksi yang jelas beliau tidak bersikap bermuka-muka dan telus.
Ada segelintir artis yang saya temui sikapnya suka bermuka-muka. Depan kita mulut manis sopan santun, belakang macam-macam cerita yang mereka kata mengenai saya. Sudah banyak kali saya terkena dan mengalami keadaan seperti itu.
Sebab itu saya lebih selesa bergaul dengan kru produksi yang tidak bermuka-muka. Mereka lebih telus dan berterus-terang.
Kami memang respect dengan pendirian Sharnaaz Ahmad yang tidak bermuka-muka dan terus terang. Mungkin kebenaran itu pahit untuk ditelan tetapi ia lebih baik berbanding kita disajikan dengan kata manis sebelum mendapat tahu sebenarnya orang itu tidak suka dengan kita. Itu lebih makan dalam.
Sumber Berita: mStar Online & Harian Metro