Rakaman video seorang wanita yang menampar seorang bayi dengan kuat tanpa belas kasihan menjadi viral dan perbuatan wanita itu dikecam Netizen.
Wanita itu, dipercayai ibu bayi itu, dilihat menampar bayi yang berkemungkinan hanya berusia sebulan itu berkali-kali menyebabkan bayi itu menangis kesakitan.
Bayi itu didengar menangis dan menjerit semakin langsing apabila ditampar kuat dan pada satu ketika, dia dilihat tidak berdaya mengeluarkan suara lagi kerana ditampar bertubi-tubi. Video itu boleh dilihat di bawah.
Mereka turut mengutuk individu yang merakam video tersebut kerana tidak menghentikan perbuatan wanita itu.
Ada yang berpendapat wanita itu sebenarnya mengalami post-partum depression atau kemurungan selepas bersalin.
Setakat ini, video itu yang baru dimuat naik pagi tadi di laman Henna Rani telah mendapat lebih 2,000 shares.-amazingnara.com
Sumber: Henna Rani