Ketua Angkatan Tentera Laut Nasional Indonesia, Yudo Margono pada Ahad mengesahkan kesemua 53 kru kapal selam KRI Nanggala 402 meninggal dunia.
Pihak berkuasa Indonesia sebelum ini memaklumkan ada menerima isyarat dari lokasi sedalam lebih 800 m dipercayai kedudukan kapal selam itu tenggelam.
Menggunakan kapal selam penyelamat milik Singapura bagi mendapatkan pengesahan visual, Ketua Tentera Indonesia, Hadi Tjahjanto, dalam sidang media berkata terdapat serpihan kapal selam yang pecah kepada tiga bahagian di dasar laut perairan Bali.
“Terdapat beberapa bahagian KRI Nanggala 402. Ia terbelah kepada tiga bahagian.
Seramai 53 personnel yang onboard KRI Nanggala-402 telah gugur, berdasarkan bukti-bukti “authentic” itu, dapat dinyatakan bahwa KRI Nanggala 402 telah tenggelam”
Selain itu, turut ditemui sebuah sauh dan sut keselamatan yang dipakai oleh kru kapal.
Terdahulu, pihak berkuasa Indonesia mengumumkan status KRI Nanggala 402 daripada hilang kontak (submiss) ditukar kepada tenggelam (subsunk) selepas pihaknya menemui beberapa objek dipercayai milik kapal selam tersebut selepas 72 jam operasi menjejak. Antara barangan ditemui termasuklah serpihan sistem torpedo, sebotol minyak pelincir periskop serta sejadah yang digunakan untuk solat.
Visual dari “Remotely Operated Underwater Vehicle” yang digunakan dalam pencarian kapal itu, telah terakam keadaan kapal berkenaan yang telah “terbelah menjadi tiga bahagian” di kedalaman 838 meter di dasar laut di perairan Bali.#KRINanggala402
— Berita Harian (@bharianmy) April 25, 2021
– Foto Tentera Indonesia (TNI) pic.twitter.com/Lnx1kB21Xb