Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, mengeluarkan peringatan tegas kepada semua guru agar sentiasa menjaga integriti serta mematuhi etika yang telah ditetapkan di bawah Standard Guru Malaysia (SGM) 2.0 dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka.
Menurut Sinar Harian, peringatan itu dibuat susulan penularan sebuah rakaman video yang memaparkan seorang murid dimarahi oleh gurunya di sebuah kantin sekolah.
View this post on Instagram
Menurut Fadhlina, Kementerian Pendidikan sedang menjalankan siasatan berhubung insiden tersebut, dan beliau sendiri komited untuk memberi perhatian serius terhadap perkara ini bagi memastikan integriti dan etika guru terus diingatkan dari semasa ke semasa.
Kita sudah ingatkan perkara itu berkali-kali, sudah ada garis panduannya. Mereka sebagai penjawat awam mesti mematuhi etika dan integriti sedia ada, sebab itu saya kata perkara ini mesti sentiasa diperingatkan dari semasa ke semasa.
Apa pun isunya, saya yakin dan percaya bahawa ada ruang yang lebih selamat…ruang yang lebih bersifat privasi untuk memastikan apa sahaja perbincangan dan isu dapat kita selesaikan secara baik.

gambar hiasan
Fadhlina turut memaklumkan bahawa Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Azman Adnan, telah diamanahkan untuk memantau perkara ini dan terus mengingatkan para guru agar menjaga integriti serta etika, sama ada di dalam atau luar kelas, termasuk di media sosial.
Saya amat kesal dengan perkara yang berlaku kerana apabila video itu ditularkan, rakaman tersebut memberi impak besar.
Sebelum ini, tular di media sosial selepas Mustika iaitu adik kepada Sajat memuat naik video memaparkan anaknya, Lisa telah dimarahi sekumpulan guru di kantin sekolah.
Rakaman tersebut mengundang kemarahan para ibu bapa yang menghentam tindakan sekumpulan guru terbabit kerana telah melakukan sedemikian kepada anak murid.