Rakaman ‘Slow-Mo’ Air Terjun Dikongsi Lelaki Tersenarai Dalam Instagram Apple

Teknologi

Rakaman ‘Slow-Mo’ Air Terjun Dikongsi Lelaki Tersenarai Dalam Instagram Apple

Peranti iPhone adalah model keluaran Apple yang paling digilai ramai kerana sistem dalaman yang menarik di samping kualiti kamera yang jelas dan cantik.

Sosial media Instagram milik Apple sering berkongsi gambar dan video yang diambil menggunakan kualiti kamera iPhone  melalui hashtag #ShotoniPhone.

Advertisement

Kali ini, sebuah rakaman slow-mo di air terjun Lata Bunta, Pahang yang dikongsi oleh seorang anak muda tempatan berjaya tersenarai dalam Instagram Apple.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by apple (@apple)

Menurut Sufian Ghafar atau nama Instagramnya @iamod_ beliau memuat naik gambar slow-mo pada November 2020 dan Apple berkongsi gambar tersebut pada 10 April 2021. Lebih menarik, beliau hanya menggunakan iPhone 11 Pro untuk mendapatkan gambar yang begitu cantik dan kreatif itu.

Perkongsiannya juga terselit kisah yang menarik dan lucu di mana beliau ke Lata Bunta sewaktu Lembah Klang menghadapi masalah ketiadaan air. Gambar itu jelas menunjukkan seseorang sedang ‘menadah air’ pada air terjun untuk membuat secawan kopi.

komen netizen di Instagram

Rata-rata warga maya dan pihak Apple tertarik akan gambar kreatif itu dan berbangga dengan hasil kerja Sufian yang berjaya masuk dalam perkongsian di laman Instagram Apple.

Sebelum ini, lokasi di Perlis, Terengganu dan Sabak Bernam pernah menjadi lokasi pilihan Instagram Apple.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...