Rakaman CCTV Menunjukkan Pelaku Kes Conteng Mural Pemimpin Negara Adalah Dua Wanita

Trending

Rakaman CCTV Menunjukkan Pelaku Kes Conteng Mural Pemimpin Negara Adalah Dua Wanita

Semalam rakyat Malaysia dikejutkan dengan kejadian lukisan mural pemimpin negara dirosakkan dengan tindakan vandalisme oleh individu tidak bertanggungjawab. Vandalisme yang berlaku pada lukisan mural yang terletak di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 di Shah Alam itu ternyata memberikan kekecewaan kepada orang ramai.

Baca: Netizen Kecewa Lukisan Mural Wira-Wira Negara Dan YDPA Dicemarkan Dengan Kata-Kata Kesat

Advertisement

Terbaru, seorang pengguna Twitter berkongsikan rakaman CCTV kawasan tersebut semasa kejadian itu berlaku. Walaupun rakaman tersebut bukan dalam resolusi tinggi tetapi dalam dilihat dengan jelas, sosok tubuh badan pelaku di dalam video. Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 11 malam.

Rakaman tersebut turut menunjukkan dua pelaku tersebut kelihatan seperti wanita berdasarkan sosok tubuh yang kelihatan di dalam rakaman CCTV ini. Sekaligus membuatkan rata-rata netizen terkejut sekiranya benar pelaku adalah wanita dan bukannya lelaki seperti yang disangka.

Orang ramai juga menarik nafas lega dengan perkongsian rakaman CCTV ini kerana ianya pasti akan memudahkan pihak berkuasa mencari pesalah dengan secepat mungkin. Setakat ini, masih tidak dapat dipastikan sama ada individu di dalam video ini adalah pelaku yang sebenar.

Sementara itu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengambil tindakan pantas dengan memadam kesemua lukisan mural tersebut. Kawasan mural tersebut juga telah ditutup dengan halangan pihak polis sementara siasatan dilakukan.

Pastinya mereka yang bersusah payah menghasilkan karya ini menjadi insan yang paling kecewa sekali dengan kejadian ini. Salah seorang pelukis mural ini, Suhaimi Ali meluahkan rasa kecewanya di Facebook selepas karyanya dirosakkan individu tidak bertanggungjawab ini.

“Assalamualaikum semua, di sini saya nak ucapkan terima kasih sebab support bakat saya dan bagi saya tunjuk bakat pada semua. Dan saya mintak maaf tiada lagi mural di U12 untuk orang datang bergambar.”

“Hero is Gone”

Diharapkan pihak berkuasa dapat menangkap mereka yang bersalah dalam masa yang terdekat ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...