Rakam Video & Gambar ‘Aib’ Remaja, Pengawal Keselamatan Dicekup Polis

Kehidupan

Rakam Video & Gambar ‘Aib’ Remaja, Pengawal Keselamatan Dicekup Polis

Seorang pengawal keselamatan telah ditahan polis hari ini susulan tindakannya merakam video dan gambar ‘aib’ seorang remaja menggunakan telefon bimbitnya di sebuah pasar raya.

Memetik laporan Kosmo! Online, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya telah mengesan satu video yang tular di media sosial memaparkan kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 7.30 malam pada 24 April yang lalu.

Advertisement
pengawal keselamatan rakam remajaSumber : Kosmo  

Jelasnya, pengadu ketika itu bersama anaknya yang berusia 16 tahun di kaunter sebuah pasar raya untuk membuat pembayaran sebelum didatangi seorang lelaki yang cuba merakam gambar yang mengaibkan remaja tersebut.

Bagaimanapun, cubaan tersebut berjaya digagalkan oleh seorang lelaki yang berada di dalam kedai tersebut dengan menegur suspek.

 

Setelah ditegur, suspek yang menafikan perbuatannya terus beredar meninggalkan pasar raya tersebut.

Beliau turut berkata, polis berjaya menahan seorang lelaki yang berusia 48 tahun dan merampas sebuah telefon bimbit kira-kira 12.15 tengah malam tadi.

tangan digari

Berdasarkan pemeriksaan ke atas suspek, dia merupakan seorang duda yang mempunyai tiga orang anak dan tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

Suspek kini direman selama sehari dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 15 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut boleh menghubungi mana-mana balai yang berdekat atau Pegawai Penyiasat kes iaitu Sarjan Noriyati Abdullah di talian 0163516908.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

pelajar universiti kantoi rakam video wanita untuk puaskan nafsu
4 weeks ago

Pelajar Universiti Kantoi Rakam Video Ramai Perempuan, Berpurdah & Wanita Hamil Pun Ada! - "Katanya Buat Stock Puaskan Nafsu"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...