Rakam Orang Mandi & Miliki Bahan Lucah, ‘Founder’ Produk Kecantikan Didenda RM4,600

Kehidupan

Rakam Orang Mandi & Miliki Bahan Lucah, ‘Founder’ Produk Kecantikan Didenda RM4,600

Seorang ahli perniagaan produk kecantikan Chai Kien Tung, 29, didenda oleh Mahkamah Majistret Klang atas dua pertuduhan mengakses dan menyimpan bahan lucah.

Majistret Siti Zubaidah Mahat menjatuhkan hukuman denda RM4,600 selepas tertuduh mengaku bersalah.

Advertisement

Chai Kien Tung turut berdepan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut namun dia dilaporkan telah membayar denda terbabit.

founder kosmetik didenda miliki bahan lucah

Mengikut kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa telah mengakses dan menyimpan dalam milikannya bahan lucah seperti video atau gambar di dalam dua telefon bimbit masing-masing jenis iPhone 12 pro dan 7.

Kesalahan itu dilakukan di bilik kawalan kondominium di Klang kira-kira pukul 12. 10 tengah malam semalam.

Difahamkan, mangsa telah ternampak sebuah telefon bimbit dari atas bilik tandas menghala ke arahnya sewaktu dia sedang mandi.

rakam orang mandi

Mangsa kemudian terus berjumpa pengurusan kondominium terbabit untuk mendapatkan rakaman CCTV dan mendapati tertuduh telah lari keluar dari tandas itu. Dia yang mengesyaki tertuduh telah mengambil video semasa dia mandi terus membuat laporan polis.

suspek kes culik albertine leo ditahan semula
5 months ago

Suspek Kes Culik Albertine Leo Ditangkap Semula, Polis Jumpa Alat Mainan S*ks & Bahan Lucah Di Rumah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...