Meskipun jodoh bersama pelakon Mawar Rashid tidak bertahan, Raf Yaakob bagaimanapun akui tidak akan memilih pekerjaan wanita yang bakal dikahwininya pada masa akan datang.
Menerusi Instagram, adik kepada cef selebriti Datuk Fazley Yaakob itu menjawab soalan salah seorang pengikutnya yang bertanya jika dia menerima wanita bukan dalam kalangan selebriti sebagai isterinya.
Tidak memilih, yang penting perlu…
Jawab Raf, jodoh itu sudah tentu rahsia Allah dan dia sama sekali tidak memilih apa sahaja pekerjaan wanita berkenaan asalkan haruslah menyayangi anak-anaknya sepenuh hati.
Tak kisahlah dia kerja apa. Pegawai kerajaan ke, dia kerja peguam, doktor, jual gorang pisang, pelakon, pramugari, founder product ke, tak kisah…
Yang penting terima saya seadanya, boleh sayang anak-anak saya, mendengar cakap yang berpatutan dan ada pengetahuan asas tentang agama.
Sering berkongsi perkembangan, jawab soalan
Sejak perpisahannya dengan Mawar, dia dilihat sering membuka ruang kepada pengikutnya untuk bertanya apa-apa soalan dan Raf akan meluangkan masa untuk menjawab.
Dalam pada itu, dia juga turut berkongsi perkembangan kehidupannya serta akui ia semakin baik dan sering sibukkan diri dengan kerja dan keluarga.