Rajin Kongsi Resipi Di IG, Ramai Minta Sheila Rusli Kembalikan ‘Ketuk-Ketuk Ramadan’ – “Rindu Nak Tengok!”

Hiburan

Rajin Kongsi Resipi Di IG, Ramai Minta Sheila Rusli Kembalikan ‘Ketuk-Ketuk Ramadan’ – “Rindu Nak Tengok!”

Penerbit, pelakon, dan pengacara iaitu Sheila Rusly dilihat sering memuat naik hantaran video berkongsi resepi masakan di laman Instagram miliknya.

Susulan itu, ramai peminat yang meluahkan rasa rindu terhadap program yang pernah dikendalikannya dahulu, Ketuk-Ketuk Ramadan.

Advertisement

Walaupun sudah menghentikan program tersebut, Sheila tetap berkongsi ilmu masakan bersama peminat menerusi media sosialnya.

Ikan Belimbing Berlado. Untuk yang rindu Ketuk-Ketuk Ramadan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa nostalgia mendengar muzik latar yang digunakan dalam video berkenaan.

Mana tidaknya, ramai antara mereka yang membesar dengan menonton rancangan itu setiap kali bulan ramadan tiba.

Malah, peminat turut meminta pengacara berusia 51 tahun itu untuk mengembalikan semula rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Berbuka Puasa With This Beautiful Lady" - Muat Naik Gambar Wanita, Afdlin Shauki Dah Ada Pengganti?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...