Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Rajin Kongsi Momen Bersama, Mira Filzah & Suami Dapat Silver Button Selepas Hanya 3 Bulan Aktif Di YouTube

mira filzah dan wan emir

Selepas berkahwin, Mira Filzah dan Wan Emir langsung tidak segan untuk berkongsi momen mereka bersama peminat. Sekadar duduk bersembang, mahupun aktiviti memasak pun turut menjadi kandungan utama bagi video mereka di saluran #EmirAmirah di YouTube.

Walaupun ada sahaja suara sumbang yang sering mengkritik mereka, namun Mira Filzah dan Wan Emir tidak melatah dan terus memuat naik pelbagai video untuk tatapan ramai.

Terbaru, selepas 3 bulan memulakan saluran YouTube itu, pasangan tersebut telah pun mengumpulkan lebih 100,000 langganan sehingga melayakkan mereka untuk dianugerahkan ‘silver button’ daripada laman penstriman video itu.

Advertisement

Bukan biasa-biasa tahu pasangan ini, kerana kesemua video mereka sentiasa meraih ratusan ribu tontonan malah salah satu video mereka membakar kek bersama telah pun mendapat lebih 1 juta tontonan.

Di kesempatan ini, Mira Filzah dan Emir meluahkan ucapan terima kasih atas sokongan ramai dan berharap agar dapat meraih hingga 200,000 langganan pula selepas ini.

mira filzah dan wan emir

Rata-rata peminat juga dilihat membanjiri ruangan komen video tersebut dengan ucapan tahniah dan meminta mereka terus memuat naik pelbagai video menarik lagi.

Anda dah ‘subscribe’ belum saluran #EmirAmirah ini?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. anonymous

    December 30, 2020 at 10:24 pm

    over ..meluattt mcm la laki hg tu elok sgt

  2. tecit

    December 30, 2020 at 5:33 pm

    kalau ade anak nk bg name ape ye. mesti EA.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top