Namanya menjadi sebutan susulan isu hangat membabitkan dirinya dan pempengaruh dikenali sebagai Cupcake Aisyah berkaitan persahabatan mereka.
Sejak beberapa hari yang lepas, hangat diperkatakan kembali tentang pencapaian anak gadis Azhar Sulaiman yang juga pempengaruh terkenal, Kasih Iris Leona.
Hebat betul pencapaian Leona
Menerusi Twitter, netizen dilihat membangkitkan kembali tentang pencapaian kokurikulum Leona pada tahun 2019 dan ia menerima pujian ramai.
Bahkan ada yang berkata Aisyah tidak setanding dengan Leona yang meraih pengiktirafan menerusi pembabitannya dalam badan beuniform Pandu Puteri dan Pengakap.
Tak takut sesat dalam hutan kalau Leona ada
Ada yang menyindir dan membandingkan pencapaiannya dengan Aisyah kerana Leona meraih Anugerah Pandu Puteri Raja pada tahun tersebut.
Sumpah ‘queen’, dah la susah nak dapat (pengiktirafan). Sijil tu sangat berharga sebab ada tandatangan semua sultan (di Malaysia).
Sempat juga berseloroh, seorang individu berkata jika ditakdirkan sesat di dalam hutan dia rela Leona ada bersamanya ketika itu daripada orang lain.