Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Bakal Nikahi Cik Afzaa Fadini Pada 2 Oktober 2025

Kehidupan

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Bakal Nikahi Cik Afzaa Fadini Pada 2 Oktober 2025

Istana Selangor hari ini mengumumkan bahawa Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, bakal melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Cik Afzaa Fadini binti Dato’ Abdul Aziz, pada Khamis, 2 Oktober 2025.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Dato’ HJ. Mohamad Munir Bin Bani, majlis akad nikah Diraja akan diadakan di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.

Advertisement

Manakala, Istiadat Persandingan dan Majlis Santapan Diraja dijadual berlangsung pada 22 Oktober 2025 bersamaan 30 Rabi’ul Akhir 1447H di Balairung Seri dan Balai Santapan Diraja, Istana Alam Shah.

Sebagai persiapan, satu majlis bacaan Yasin dan doa selamat akan diadakan pada 25 September 2025 (3 Rabi’ul Akhir 1447H) di seluruh masjid negeri Selangor. Program itu dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi memohon kelancaran istiadat perkahwinan serta keberkatan daripada Allah SWT.

Pada tarikh tersebut, DYMM Sultan Selangor dan DYTM Raja Muda Selangor dijadualkan berangkat ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri), Shah Alam untuk menghadiri majlis doa selamat tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

dr malar syed saddiq
2025-09-22 15:18:51

“Waktu Bercinta, Kentut Pun Wangi" – Dr. Malar Rasa Syed Saddiq Terlalu Awal Jadi 'Benchmark' Lelaki Idaman

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...