October 21st, 2010

gambar raja farah bertunang
Sempoi. Tak ada angin tak ada taufan, tup-tup Raja Farah sudah pun bertunang dengan Megat Andika. Kami ingatkan Raja Farah nie dah umur 27, 28 tahun gitu. Rupa-rupanya baru 22 tahun je. Mak aih muda sangat lagi nie. Tapi baguslah muda-muda dah kahwin. Takderlah dating lama-lama. Untuk pengetahuan Megat Andika pun sekadar berumur 25 tahun sahaja.

Paling best Raja Farah dan Megat Andika hanya bercinta bermula dari 14 Februari 2010. Kiranya tak sampai setahun pun lagi percintaan mereka ini. Tahniah kami ucapkan kepada pihak lelaki yang berani untuk mengambil langkah seterusnya. Kami respek. Memang tak bagus bercinta lama-lama nie. Kang bercinta bagai nak rak, tapi last-last kena amik ngan orang lain.

Tarikh perkahwinan Raja Farah dan Megat Andika masih tidak diketahui. Tapi dengarnya akan majlis perkahwinan mereka akan dilangsungkan bulan depan. Tahniah kami ucapkan kepada Raja Farah dan Megat Andika. Semoga menjadi pasangan suami isteri yang kekal abadi. Congratulations.


Comments are closed.

Loading...