Pernah mengejutkan peminat apabila memberitahu dirinya sudah bertunang dalam satu sidang media khas sebelum ini, Raja Farah yang masih lagi belum memperkenalkan bakal suaminya kepada umum mengesahkan mereka bakal bernikah pada 6 September ini di sebuah masjid di Bukit Jelutong.
Berkenalan dua hari sebelum Ramadhan, Raja Farah yang pada awalnya seakan takut untuk menjalinkan sebarang hubungan selepas bercerai akhirnya di lembutkan hatinya selepas tunangnya itu tetap tidak berputus asa untuk berkenalan dengannya.
Saya letakkan batas antara kami. Saya jual mahal dahulu. Saya wujudkan kesukaran untuk dia kenal saya kerana saya baharu saja berpisah dengan bekas suami. Tapi sikap tidak putus asa memang tak ada dalam hidupnya. Dia tetap berusaha lagi dan lagi untuk kenal saya.
Tanpa diduga dia beranikan diri untuk menghubungi saya dan meluahkan hasrat untuk kenal saya lebih rapat lagi.
Raja Farah pernah mendirikan rumah tangga bersama Megat Bashirun Qhuyum Zakaria selama lima tahun sebelum membuat keputusan untuk bercerai pada 25 Mei lepas.