Raja Ema Batalkan Perkahwinan Dengan Ahli Perniagaan Berdarah Kacukan

Hiburan

Raja Ema Batalkan Perkahwinan Dengan Ahli Perniagaan Berdarah Kacukan

Sekitar bulan April lepas, pelakon Raja Ema dengan gembiranya mengumumkan beliau bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan berdarah kacukan Melayu-Cina-Iggeris selepas Aidilfitri ini dan bakal berhijrah ke London.

Advertisement

Walaubagaimanapun, manusia hanya mampu merancang tetapi takdir menentukan segalanya. Terbaru, Raja Ema memberitahu beliau telah membatalkan hasratnya untuk berkahwin selepas berfikir panjang mengenai masa depan beliau dan anak-anak.

Buat masa ini, Raja Ema akui beliau dan ahli perniagaan berkenaan lebih sesuai untuk berkawan sahaja.

Belum ada jodoh lagi untuk berkahwin semula seperti yang dirancang. Setelah fikir masak-masak saya ambil keputusan untuk kami berkawan sahaja dulu. Banyak perkara yang terpaksa saya ambil kira seperti saya terpaksa berhenti daripada kerjaya seni yang mana saya baru sahaja mulakan.

Saya juga tidak boleh ikut perasaan sahaja, saya perlu fikir anak-anak sama ada mereka terima atau tidak jika saya berkahwin semula.

Pendek kata, banyak faktor membuatkan saya menolak lamaran untuk berkahwin dalam masa terdekat ini, jika dia tidak dapat terima saya lagi pun tidak mengapa saya reda sahaja.

Raja Ema hanya mahukan seorang lelaki yang mampu menerima serta memahami dirinya.

Pada usia ini saya tidak fikir berkahwin sekadar untuk berseronok sahaja, sebaliknya mencari teman hidup yang memahami.

Saya mahu seorang lelaki yang berkualiti dan boleh menjadi pasangan hidup di saat susah dan senang.

Kalau hendak berkahwin, kita harus cari pasangan yang betul-betul boleh menerima baik buruk kita. InshaAllah, kalau ada jodoh Raja Ema dan ahli perniagaan berkenaan,pasti satu hari nanti akan berkahwin juga bukan?

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...