Raja Ema Akui Tegangkan Kulit Muka Untuk Kemunculan Semula

Hiburan

Raja Ema Akui Tegangkan Kulit Muka Untuk Kemunculan Semula

Demi kemunculan semula atau kalau dalam bahasa Ingggerisnya “comeback”, Raja Ema mengakui yang dia telah melakukan rawatan terhadap kulit mukanya. Menariknya rawatan ini tidak ada sebarang suntikan, botoks atau pengambilan apa-apa vitamin. Ia hanya penegangan kulit atau kalau dalam bahasa Inggerisnya “thread lift”.
raja emaMemang betul dunia hiburan sekarang terutamanya di Malaysia perlukan wajah yang segar dan jelita untuk popular. Mungkin sebab itu Raja Ema mendapatkan rawatan ini. Kata Raja Ema kepada portal Murai:-

Sejujurnya bila dah memasuki peringkat umur macam saya ini, kulit-kulit memang dah tidak tegang macam zaman muda-muda dahulu. Bila nak buat comeback, pada saya rawatan yang saya jalani itu sesuai kerana ia bukan mengubah bentuk muka saya.

Ia merupakan sebuah rawatan penegangan kulit yang dipanggil thread lift. Tiada sebarang pembedahan cuma ianya adalah prosedur yang normal dan tiada sebarang penggunaan botoks dan sebagainya. Bila saya mengetahui mengenai rawatan ini dan melihat kepada proses serta cara pembuatannya saya yakin. Lagipun ia tidak mengubah mana-mana bentuk muka saya, cuma sekadar menegangkan kulit muka.

Advertisement

raja ema

Untuk makluman, umur Raja Ema sudah pun mencecah usia 45 tahun. Namun sekali pandang, nampak macam baru awal 30-an. Berkesan sungguh rawatan thread lift ini. Teringin pula Abang Nara nak mencuba. Mana tahu boleh nampak hensem macam Aaron Aziz nanti. Hehehe.

P.S: Pejabat Mozilla di Jepun

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...