Raja Bomoh Bertaubat, Dakwa Segala Ritual Diarahkan Seorang “Individu”

Trending

Raja Bomoh Bertaubat, Dakwa Segala Ritual Diarahkan Seorang “Individu”

Raja Bomoh atau nama sebenar Ibrahim Mat Zin, 66, hari ini membuat pengakuan bersalah dan bertaubat di atas beberapa amalan ritual yang dilakukannya sebelum ini.

Advertisement

Ibrahim turut mengaku bahawa semua tindakannya selama ini adalah pembohongan di atas arahan seorang individu yang tidak boleh didedahkan kepada umum.

Selepas mengaku perbuatannya itu, beliau juga membuat permohonan maaf kepada semua masyarakat beragama Islam dan bukan Islam di negara ini serta semua pihak di seluruh dunia berhubung tindakannya menggunakan teropong kononnya membantu menyelesaikan beberapa kejadian dan isu besar yang berlaku dalam negara termasuklah kes kematian abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Nam.

Raja Bomoh mengaku bersalah di atas pertuduhan di bawah Seksyen 7(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (WIlayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) kerana kesalahan menghina Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina.

Permohonan maaf itu disaksikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Al Bakri, Pengarah JAWI Abdul Aziz Jusoh dan Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Jawi, Wan Jaapar.

Sumber : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...