Nasib tidak menyebelahi Raja Azura apabila beliau menjadi peserta yang tersingkir di minggu ke 3 pertandingan Gegar Vaganza 4 yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil semalam.
Raja Azura menyanyikan lagu Perhaps Perhaps Perhaps nyanyian asal Pussycat Dolls dan mendapat markah terendah daripada juri profesional . Untuk makluman semua, markah GV4 adalah 100% daripada juri terdiri dari Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang sebagai juri tetap serta Datuk Yusof Haslam sebagai juri jemputan.
Antar artis yang berjaya mara ke minggu hadapan ialah Liza Hanim, Hazami, Lan (Kristal), Tia (Jinbara), Aishah, Syura, Haida, Aqasha, Firman dan Elyana.
GV4 sudah pun masuk ke minggu 3 dan pada pendapat anda, siapakah yang memberikan persembahan paling memukau setakat ini dan mempunyai potensi untuk bergelar juara?