February 25th, 2010

abpbh 2009

Semua orang pun tahu betapa pentingnya host untuk sesebuah acara. Banyak acara-acara besar dan gilang gemilang hancur lebur sebab host-host yang sampah. Tapi untuk ABPBH2009 kali nie, kami rasa pemilihan Raja Azura @ Kak Engku dan Sharifah Shaheera rasanya betul-betul mantap kot. Kalau nak best lagi kena tambah Abang Jem @ Salley Yaakob. Compem meletup tak hengat punya!!!

Teringat zaman muda remaja dulu layan Anugerah Juara Lagu yang dihostkan oleh Salleh Yaakob. Memang pecah perut gelak. Tengok muka dia pun dah rasa nak terburai usus. Sesungguhnya Salleh Yaakob memang dilahirkan untuk buat lawak kot. Dan dengar ceritanya, Salleh Yaakob pernah pergi menyelamatkan kebosanan penonton siara langsung sebuah acara besar dengan membuat stand up comedy time iklan kat TV. Betapa mantapnya dia kan?

Apo korang tak caya yang Abang Salleh Yaakob nie memang lawak gila? Ha layan video kat bawah nie. Biar terburai pankreas korang:-

Apa-apa pun tahniah kepada Raja Azura dan Sharifah Shaheera yang berjaya dipilih menjadi host ABPH2009. Tolong la buat kami melekat kat depan TV nanti masa live anugerah nie. Kalau boring kami akan terus tukar channel lain.


Comments are closed.

Loading...